SELAMAT DATANG

Monday, February 14, 2011

CERITA CUTI TAHUN BARU CINA

Minggu ini walaupun rakan-rakan mahasiswa pulang ke kampung halaman kerana cuti pertengahan semester kerana sambutan tahun baru cina. Namun atas dasar tanggungjawab, komitmen dan kecintaan saya telah melakukan beberapa pertemuan dengan beberapa nama besar di Malaysia dalam membincangkan pembangunan Mahasiswa, masyarakat serta agama, bangsa dan Negara tercinta. Pertemuan pertama adalah dengan Tan Sri Isa Samad yang kini merupakan ADUN Bagan Pinang yang dipilih pada Pilihanraya Kecil tahun lalu. Tan Sri Isa Samad merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum digantung keahlian dalam UMNO kerana dikatakan terlibat dengan politik wang semasa pemilihan agung UMNO untuk jawatan Naib Presiden parti. Kini beliau kembali ke arena politik dengan membina masjid iaitu perkahwinan yang Penuh kontroversi. Beliau kini telah dilantik sebagai Pengerusi FELDA diatas kemampuan dan pengalaman yang dimilik untuk terus membangunkan FELDA dan membuat ianya terus relevan di mata dunia. Pada pertemuan itu, saya telah merakamkan ucapan tahniah diatas pernikahan dan pelantikan beliau sebagai Pengerusi FELDA. Dalam pertemuan itu saya telah mendapatkanm pendapat beliau mengenai senario politik semasa di Malaysia yang menyaksikan ramai golongan muda tidak berminat kepada politik dan situasi dimana ramai belia dan mahasiswa tidak mendaftar sebagai pemilih.


bersama Saudara Zaki Omar Presiden MPM UTM dan Saudara Shazada Khan YDP UTHM

Seterusnya, saya kembali bertemu dengan ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad mantan perdana Menteri Malaysia ke4. Perjumpaan dengan Tun adalah pertemuan terbaru setelah saya berpeluang dan terpilih untuk Program Bicara Negarawan bersama ayahanda Tun dimana menyaksikan saya terpilih sebagai penghulu program selain terpilih sebagai peserta terbaik dan menerima anugerah Khas Tun dan membawa pulang, sijil, trofi dan wang tunai sebanyak RM5000.00. namun pada saya nilai wang itu bukan segalannya sebaliknya pengalamn bersama tun dan tinggal bersama bertemu dan menerima anugerah dari Tun suatu penghormatan dan suatu kenangan terindah yang tidak dapat saya buang dari memori saya.


Ketika menerima anugerah dari ayahanda Tun ketika Program Bicara Negarawan

Pertemuan dengan Tun pada kali ini adalah dalam wacana Melayu dan masa depannya anjuran Persatuan Bekas Wakil Rakyat Wilayah Persekutuan (MUBARAK). Ramai nama-nama besar yang hadir termasuk pemimpin politik semasa seperti Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar. Ayahanda Tun Nampak sedikit lemah dari caranya berjalan namun semangatnya untuk terus berbakti kepada masyarakat terutama bangsanya Melayu terus mendorong beliau bersemangat. Semangat inilah yang perlu dicontohi oleh anak muda dalam membantu dalam memajukan agama, bangsa dan negara. Intisari apa yang disampaikan Tun boleh dilihat didalam post saya yang satu lagi bertajuk perpecahan lemahkan bangsa Melayu.


Mendengar Amanat ayahanda Tun

Selain itu, saya jugak sempat bertemu dengan Datuk Nasir Safar yang merupakan bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dikatakan rasis pada ucapan dihadapan 1300 di Melaka pada 1 Februari 2010. Pertemuan saya dengan beliau juga pada 1 Februari tapi setahun setelah kejadian itu. Perjuangan wakil rakyat ini sungguh besar, walaupun mempunyai jawatan besar beliau pernah menyewa rumah kedai di sekitar Tanjung Piai denga bayaran sekitar RM75 sebulan. Oleh itu, anak-anak muda perlu bersemangat dan jangan menjadikan kekurangan yang ada sebagai penghalang kepada kejayaan dan perubahan. Pertemuan ini lebih menjurus kepada bagaimana perkembangan gagasan 1 Malaysia dan bagaimana mahasiswa mampu berperanan dalam menjayakan gagasan ini dalam kita menuju ke arah Wawasan 2020. Perbincangan ini jelas membuka minda bahawasanya mahasiswa sememangnya agen perubahan kepada masyarakat dan perlu kembali kepada masyarakat dan menggunakan ilmu serta kemahiran yang ada bagi manfaat bersama.


kenangan terindah,,senyuman yang akan dikenang sepanjang hayat

Saya juga sempat bertemu dengan YB Datuk Zainal Sakom yang merupakan ADUN di Selangor. Pertemuan dengan beliau lebih menjurus kepada Pertubuhan Anak Negeri Selangor di UTM kerana ramai anak Selangor yang menuntut disana tetapi tiada suatu pertubuhan yang menghimpunkan mereka ini. Beliau sangat gembira dengan cadangan yang saya lontarkan ini. Semoga ianya menjadi realiti. Mungkin saya juga harus segera bertemu dengan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memastikan idea ini mampu direalisasikan.


ketika menerima Anugerah dari ayahanda Tun

Akhirnya, saya turut serta dalam pelancaran Biasiswa tabung endowment UTM dan menara endowment yang dilancarkan oleh Dato Seri Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UTM Prof Dato Ir Dr Zaini bin Ujang, proCanselor Datuk redzuan dan Datuk Abdullah Ayub, Tan Sri Halim selaku Pengerusi Ahli Lembaga Universiti, Ketiga-tiga TNC UTM, dekan-dekan dan ramai kenamaan serta pihak akhbar. Antara peranan tabung ini adalah dianggarkan pada tahun 2025 kesemua mahasiswa undergraduate di UTM seramai 10 ribu orang akan menerima biasiswa dari tabung ini dan tidak akan menyusahkan pihak kerajaan. Kini setelah setahun di lancarkan tabung ini telah mengumpul sekitar 5.4 juta. Tabung ini juga diharap dapat menjadi bantuan untuk meningkatkan penulisan dan penulisan ilmiah di UTM. Tabung ini juga akan digunakan untuk menaja Kursi professor untuk meneruskan peningkatan penyelidikan di UTM. Mewakili KPT Dato Seri Khalid sangat gembira dengan usaha yang dimainkan oleh UTM dibawah kepimpinan Dato NC selain usaha menjadi universiti penyelidikan keusahawanan. Pesta Konvokesyen ke 45 merupakan penyumbang tertinggi tabung ini kategori Mahasiswa dengan jumlah kutipan RM10,000.00 pada tahun lepas dan kini masih mengekalkan rekod itu. Tahniah kepada AJK Pelaksana Pesta Konvo 45. Semoga rakan-rakan mahasiswa dapat mencontohi mereka ini dan kembali menyumbang kepada Universiti begitu juga kepada para alumni UTM. Jangan tanya apa yang universiti boleh bagi pada kita sebaliknya tanyalah apa yang anda boleh sumbang dan berikan kepada Universiti.


Bersama rakan pimpinan Mahasiswa dari UTM IC dan Saudara Miqdad

Alhamdulillah akhirnya selamat juga tiba dirumah untuk bertemu ibu, ayah dan adik beradik yang tercinta. Walaupun JB dan Kuala Lumpur hanya sekitar 400km namun lama jugak rasanya tidak pulang ke rumah kerana beberapa komitmen dan tanggungjawab yang harus diselesaikan. Semoga walaupun seketika berada dirumah tetapi ianya cukup bermanfaat. Amin.

bersama ayahanda tun di Yayasan Kepimpinan Perdana

No comments:

Post a Comment