SELAMAT DATANG

Sunday, April 18, 2010

PILIHANRAYA KAMPUS UTM SESI 2009/2010

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas kekuatan dan hidayah pemberianNya maka telah mendorong sebujur badan insan ini untuk menjadi calon dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia sesi 2009/2010. Maka tanggal pada 25 Januari 2010 iaitu bersamaan hari Isnin, daku telah menghantar borang pencalonan untuk bertanding merebut 3 daripada kerusi yang terdapat di kawasan fakulti. Proses penamaan calon telah berlangsung di Dewan Jamuan Bangunan HEP.

Kira-kira jam 10.00 pagi setelah tamat kelas English for Academic Writting. Saya bersama-sama dua orang rakan perjuangan saya iaitu Mohd Shahir bin Yaman selaku pencadang dan Wan Ahmad Mustaqim bin Ibrahim selaku penyokong menuju ke tempat yang telah ditetapkan. suasana di tempat penamaan calon begitu meriah terutamanya daripada kesemua calon yang menawarkan diri untuk bertanding bersama penyokong dan pencadang mereka. Pada masa itu juga majoriti yang beragama Islam memakai songkok berlilitan kain putih sebagai lambang berkabung di atas kemangkatan Sultan Johor ketika itu.

menunggu giliran dan akhirnya ke kaunter bagi menyerahkan borang pencalonan. ketiadaan dekan telah diganti oleh Puan Siti selaku Timbalan Pendaftar di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinfomasi. melhat borang pencalonan saya pada masa itu, beliau ada memberi sedikit nasihat kepada saya agar sekiranya telah terpilih nanti agar dapat membahagikan tugas antara akademik dan tanggungjawab tersebut. Beliau juga secara peribadi ada mencabar saya agar mengekalkan keputusan saya yang tatkala iaitu CPA 3.92. Saya hanya mampu berkata InsyaAllah saya akan mencuba sehabis baik dan mengucapkan terima kasih di atas lontaran semangat yang diberikan.

Begitu ramai yang menunggu untuk mengambil gambar bagi poster. Hampir majoriti yang berada di situ saya kenali. Saya memaklumkan kepada mereka bahawa saya ada ujian Jam 11.00 pagi dan itu pun telah terlewat selama 10 minit. Atas kebesaran jiwa mereka saya telah diberi peluang awal untuk mengambil gambar. ucapan terima kasih tidak terhingga saya panjangkan kepada kalian. Ujian subjek Urusniaga Tanah juga Alhamdulillah berjaya dijawab dengan tenang walaupun agak lewat.

Jam 2.30 petang satu sesi taklimat telah diadakan bagi semua calon bersam TNC HEP, Prof Dr Mohammad Tajuddin Hj Ninggal dan pasukan SPR UTM dan PEgawai-pegawai keselamatan. perjumpaan yang berlangsung hampir 2 jam itu telah merumuskan tentang peraturan dan etika yang harus dipatuhi oleh calon selama tempoh berkempen yang dibenarkan. setelah selesai itu juga saya telah membuat salinan poster untuk distaplerkan oleh rakan-rakan penggerak yang sangat-sangat membantu.

PAda malam pertama, saya telah menyampaikan pidato bertempat di Arked Angkasa Kolej 11 yang pada ketika itu ada lebih kurang 50 orang yang mendengar dan di Dewan KRP dihadapan lebih 150 orang Mahasiswa diatas undangan dan peluang yang diberikan oleh Dr Anizu. Setelah itu, bersama-sama dengan rakan-rakan penggerak menyiapkan poster sebelum di gantung di Arked Angkasa, MA1 dan FKSG. Pada malam itu juga telah disiapkan nama HAZMAN daripada poster sehingga jam 4 pagi dengan bantuan sahabat karibku Amzatul atau lebih dikenali sebagai GIANT. terima kasih semua!!

Pada malam kedua pula terus berkempen dan memasang poster. Arked KOlej 11 terus menjadi tumpuan berpidato kerana disitu lah tumpuan kumpulan penggundi bagi FKSG. dan pada mala kedua ini juga sempat ke KTF bagi berkempen dihadapan lebih kurang 80 orang MAhasiswi. Ramai juga calon yang hadir.

pada hari terakhir bagi kempen, diri ini banyak berlegar-legar di Meranti dan K11 bagi mendengar pidato daripada rakan-rakan calon. malam-malam terakhir ini juga daku telah menghantar mesej kepada rakan-rakan pengundi di FKSG. meseg itu berbunyi: " SALAM PERJUANGAN. KEPADA RAKAN-RAKAN MAHASISWA DI FKSG, SAYA WAN AHMAD HAZMAN BIN WAN DAUD(2SGT) MEMERLUKAN UNDI ANDA BAGI MEMEPERJUANGKAN KEBAJIKAN ANDA SEMUA DALAM MPM..JADI JANGAN LUPA MENGUNDI SAYA SEBAGAI MPM ANDA INTUK SESI INI JIKA MERASAKAN SAYA LAYAK DAN SAYA AKAN BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN DEMI ANDA SEMUA. SELAMAT MENGUNDI". demikianlah mesej yang dihantar.

28 Januari 2010 sebagaimana yang telah diketahui warga UTM ianya merupakan hari pembuangan undi bagi PRK. seawal jam 9 pagi kaunter pembuangan undi dibuka. Alhamdulillah saya berjaya berada disana sehingga kaunter ditutup dengan tidak ketinggalan memakai songkok berlilitan kain putih.

pada jam 6.30 petang keputusan pilihanraya kampus bagi kerusi fakulti, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi diumumkan oleh Puan Siti selaku Pengarah Pilihanraya bagi FKSG. keputusannya ialah seperti berikut:
Syidah 472 undi
Hazman 545 undi
Hairi Ahmad 434 undi
Chew 467 undi
khalil 199 undi
Syafadilla 229 undi
Hajar 354 undi.

ini menyaksikan bahawa tiga orang yang mendapat undian tertinggi telah memenangi pilihanraya bagi kerusi fakulti FKSG iaitu:
1. Wan Ahmad Hazman Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

memanangi kerusi fakulti dengan undian tertinggi menyaksikan suatu amanah besar telah diberikan oleh penggundi kepada saya. saya telah melakukan sujud Syukur sebaik selesai solat maghrib dan selesai solat isyak terus berada di Dewan Sultan Iskandar DSI bagi mendengar pengumuman pemenang bagi kerusi UMUM. lebih kurang jam 11.20 malam keputusan telah diumumkan oleh Prof Tajuddin selaku Pengerusi PRK.

alhadulillah semuanya telah selesai dan kini menunggu tugasan dan tempoh melaksanakan amanah dan taklifan yang telah diberikan oleh rakan-rakan pengundi. Doakan saya mampu melaksanakan dan memikul amanah ini dengan baik tanpa melakukan sebarang pengkhianatan keatsanya dan bersamalah saya serta berilah teguran dan tunjuk ajar kepada saya. saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada insan bernama Ibu dan ayah serta rakan-rakan penggerak serta tidak lupa kepada pengundi budiman. Ayuh bekerjasama demi kebaikan dan manfaat bersama.

No comments:

Post a Comment