SELAMAT DATANG

Sunday, April 18, 2010

UNTUKMU PENGAWAS


Pengawas,
Engkau tentu faham tentang betapa seksanya saat aku tatkala menghantar surat cinta itu,
Engkau tentu faham tentang betapa beratnya mataku memandang dari kejauhan engkau melambai-lambai riang mengutip ia dari kami,
Engkau tentu faham tentang betapa sesaknya dadaku tatkala mendengar coretan hatimu di depan dewan,
Engkau tentu faham tentang betapa surat cinta itu besar ertinya ke atas hidupku,
Engkau tentu faham tentang betapa surat itu membuatkan hati-hati manusia tercungap-cungap kelemasan, tergugah menggelupur, terselubung kerisauan.

Namun engkau terus dengan ego mu,
Tanpa belas,
Tanpa simpati,
Seperti tiada apa-apa yang berlaku,
Biarpun keluhan, titsan air mata dan kesedihan mengisi dewan itu,
Kau tetap melangkah yakin,
Mengutip tanpa senyuman,
Melangkah tanpa berbudi,
Berbicara tanpa adab,
Mendabik dada gah seperti seorang pahlawan diangkasa raya,
Meneruskan hasrat tersirat di jiwamu,
Dimana nilai etika kau buang??
Dimana profesionalitimu kau gadaikan??

Buat pengetahuanmu,
Surat cinta itu,
Bukan sahaja sebut harga, invois mahupun surat cagaran,
Surat cinta itu,
Umpama resit tanpa pembelian,
Umpama peminta sedekah tanpa tuan,
Umpama direct seller yang gila meroyan.

Itulah harga sebuah hidup yang engkau gelapkan,
Itulah harga rehat dan tidur kami yang engkau perlekehkan,
Itulah harga perjuangan kami yang engkau sentap sekelip mata,
Itulah harga harapan kedua orang tua kami yang engkau persendakan,
Itulah harga masa depan yang kau robek dan ratah lantaran rakusnya egomu.

Apakah engkau dulu tidak pernah menjadi mahasiswa seperti kami??
Adakah make-up mu yang tebal itu akan cair jika menanti kami 30 minit lagi??
Adakah urusan peribadi mu lebih utama dari masa depan 46 orang di hadapanmu??
Atau keegoan itu mengatasi segalanya??
Adakah engkau menyangka hidupmu akan berkat lantaran sikap dan keegoanmu??

Adakah kau tidak sedar,
Bertapa jiwa-jiwa ini tidak redha dengan apa yang engkau lakukan,
Bertapa jiwa-jiwa ini menangis kekecewaan,
Bertapa jiwa-jiwa ini meronta kepanasan,
Bertapa jiwa-jiwa ini hancur luluh,
Semuanya angkara sebuah ego.

Akan aku bersabar wahai pengawas,
Kerana aku mengerti,
Mungkin inilah ujian yang membutuhkan sebuah pengorbanan,
Demi kemanisan sebuah kejayaan

Mungkin suatu masa nanti kita akan bertemu,
Bila?
Di mana?
Dan bagaimana?
Itu yang kita tidak tahu.

Namun yang pasti,
Aku berharap dan akan terus berharap,
Semoga pertemuan itu bakal melunaskan segalannya,
Semoga pertemuan itu menceritakan semuanya,
Semoga engkau mendapat hidayah,
Semoga engkau memahami,
Dan semoga engkau merasainya.

Insan tertindas,
hazman
MA6/510, KOLEJ 11
10/30/2009 6:18 PM

HAK CIPTA TERPELIHARA

BUAT RAKAN-RAKAN PEMBACA INI ADALAH LUAHAN YANG TELAH DILUAHKAN BERDASARKAN PENINDASAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 2. PEPERIKSAAN YANG DIJADUALKAN DILAKUKAN SELAMA 2 JAM 30 MINIT ITU TIBA-TIBA PADA 20 MINIT SEBELUM TAMAT 2 JAM BELIAU MENGUBAH TEMPOH PEPERIKSAAN KEPADA 2 JAM DENGAN MENYATAKAN DI KERTAS SOALAN TERCATAT 2 JAM DAN MERUPAKAN KESILAPAN YANG TELAH BERLAKU WALAUPUN DALAM JADUAL DAN ARAHAN KEPADA PENGAWAS ADALAH 2 JAM 30 MINIT. INI MENYEBABKAN TEKANAN DAN ADA BEBERAPA DARIPADA KAMI TIDAK SEMPAT MENYIAPKAN DAN MENGHABISKAN SELAIN MENYAKSIKAN AIR MATA DAN SEDU MENGISI DEWAN PEPERIKSAAN. SEMOGA KENANGAN INI TIDAK BERULANG KERANA SESUNGGUHNYA INI AMAT MENGERIKAN..ALHAMDULILLAH DAKU MASIH MENDAPAT A- WALAUPUN TARGET ASAL ADALAH A DAN AKAN MENDAPATKANNYA INSYAALAH SEKIRANYA MASA ITU TIDAK DIPOTONG

2 comments: