SELAMAT DATANG

Thursday, January 13, 2011

PELAJARAN DI BUMI INDONESIA

Menjejakkan kaki sahaja ke bumi Indonesia banyak perkara yang saya dapat saya pelajari dan syukuri sebagai rakyat Malaysia. Antara perkara yang boleh kita pelajari dan contohi daripada rakyat Indonesia ialah semangat cintakan negara atau nilai patriotism yang begitu menebal sebagai jati diri bangsa mereka. Hal ini dapat dibuktikan menerusi Pak Surya pemandu pelancong kami yang berbangsa Cina dan berkelulusan Kejuruteraan Jalanraya dari United Kingdom kembali ke negaranya dan menabur bakti selain menceritakan segalannya berkaitan negara Indonesia termasuk kepincangan-kepincangan yang berlaku namun beliau masih berbangga sebagai rakyat Indonesia dan tidak menggelar dirinya sebagai cina sebaliknya bangsa Indonesia.

Selain itu, perkara lain yang boleh kita pelajari ialah sikap rajin berusaha dan kebolehan dalam mempromosi barangan serta jualan. Ini dapat dibuktikan dengan Kesungguhan para peniaga yang akan sentiasa mengejar para pelancong untuk menjual barang dagangan mereka seperti key chain, raket, beg tangan, baju dan banyak lagi. Kesungguhan mereka juga turut disertakan dengan kebolehan untuk meyakinkan para pembeli agar membeli barangan jualan mereka. Antara perkara yang perlu disini ialah kemahiran untuk menawar kerana mereka kebanyakan mereka kurang jujur dimana akan meletakkan harga yang berganda kali lebih tinggi dari harga asal sehinggakan 20 kali ganda demi mendapatkan keuntungan. Kejujuran perlu ada dalam diri para perniaga sebagaiamana yang telah diseru dan diajarkan dalam agama Islam. Namun bagi warga Malaysia semangat dan Kesungguhan dalam menjual barangan dan semangat untuk menjadi seorang peniaga antara perkara yang boleh dipelajari. Sebagai contoh ketika melakukan lawatan ke Tangkuban Perahu di Bandung, kami dikelilingi oleh para peniaga yang bersungguh-sungguh meyakinkan kami untuk membeli barangan mereka sehingga mereka berjaya membuat kami membelinya dengan tidak berputus asa. Ini suatu hal yang dapat dan perlu kita pelajari daripada mereka bahawasanya kesusahan dan kemisikinan bukannya penghalang untuk berjaya sebaliknya perkara itu merupakan motivasi untuk lebih kuat berusaha demi mencapai kejayaan.

Perkara seterusnya yang perlu kita contohi ialah dari aspek kreativiti dan inovasi. Dimana sepanjang perjalanan ke Bandung dari Jakarta kita akan dapat melihat padi huma atau padi bukit. Apa yamg menariknya ialah segalannya dilakukan dengan kudrat 4 kerat manusia dan juga masih lagi dengan teknologi lama seperti menggunakan kerbau untuk membajak. Namun ianya bukannya halangan bagi mereka untuk melakukan penanaman demi mencari nafkah menyara keluarga. Perkara yang menarik disini ialah disepanjang batas itu, kebanyakan dari mereka menanam dengan pokok pisang dan beberapa tanaman lain yang boleh dijadikan sebagai makanan atau sebagai barang dagangan untuk menambah pendapatan mereka. Selain itu, antara perkara lain yang menarik ialah dimana mereka menggunakan dinding rumah mereka sepenuhnya untuk mendapatkan pendapatan dengan memberi peluang kepada pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan syarikat mereka. Ini secara tidak langsung dapat memberi mereka pendapatan tambahan selain itu yang lebih menarik adalah ada dikalangan mereka juga menjadikan bumbung atau atap kediaman mereka sebagai ruang iklan yang dilukis sepenuhnya dan tidak diprint dan ditampal. Ini menjadikan atap yang suram menarik selain sebagai sumber pendapatan tambahan kepada mereka. Perkara ini mungkin disebabkan kesusahan hidup mereka ataupun kos untuk membina billboard seperti di Malaysia yang kosnya agak mahal.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh belajar tentang bagaimana memastikan kurangnya kesesakkan di bandar selain kurangnya pencemaran disebabkan oleh asap kenderaan. Di bandar Jakarta sebagai contoh, mulai jam 7.30 pagi hingga sekitar jam 4 petang iaitu pada waktu pejabat, setiap kenderaan selain motor yang memasuki kawasan bandar perlu memilik sekurang-kurangnya 3 orang penumpang jika tidak mereka akan disaman oleh polis yang bertugas di setiap jalan masuk. Ini adalah salah satu langkah yang diambil bagi mengurangkan kesesakkan dibandar selain menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti teksi, angkut, bas dan lrt. Perkara lain yang menarik ialah mereka telah menyediakan laluan khas kepada bas sahaja dan kenderaan lain yang memasuki lorong itu akan dikenakan tindakan. Ini bagi menambah baik kecekapan sistem pengangkutan awam. Poster-poster atau iklan yang di pamerkan juga antar lain banyak meningkatkan kesedaran masyarakat sekitar. Sebagai contoh ‘tidak malu ke memasuki lorong bas?’ ianya secara tidak langsung memberi kesan psikologi yang mendalam kepada penduduknya.
Perkara lain yang menarik perhatian saya selama berada disana adalah apabila bertemu mahasiswa Malaysia yang menuntut di sekitar Jakarta pada MAFEST atau Malaysia Festival di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Pada aktiviti malam itu, apa yang dipaparkan menerusi persembahan dan juga aktiviti masih lagi menunjukkan mahasiswa kita menghormati dan menghargai seni Malaysia dimana walaupun berlainan bangsa dan warna kulit mereka masih lagi mampu melakukan tarian tradisional itu dengan baik. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah apabila bertemu dengan sekelompok mahasiswa Malaysia yang telah mengalami transformasi dari segi percakapan dan pakaian mungkin disebabkan tempat mereka tinggal dan keadaan sekeliling. Saya dapat melihat bagaimana cara mereka berpakaian yang amat menyerupai mahasiswa Indonesia dengan bepakaian tudung masuk ke dalam baju dan seluar ketat di kaki serta baju bercorak batik jawa dan sebagainya. Perkara ini menarik untuk dibincangkan kerana ianya perkara biasa berlaku apabila seseorang itu jauh berada dari tanah air pastinya mereka akan terikat-ikut dengan keadaan sekeliling.

Antara perkara yang menyebabkan saya rasa sangat bersyukur sebagai rakyat Malaysia bumi bertuah ini sudah tentunya banyak. Namun banyak perkara yang perlu dipelajari oleh Indonesia dari Malaysia biarpun mereka terlebih dahulu merdeka dari kita selain mempunyai ‘flyover’ terlebih dahulu pada tahun 1962 selain stadium besar untuk sukan Asia pada tahun 1962 juga serta mempunyai syarikat minyak Pertamina terlebih dahulu. Hakikatnya, Malaysia yang 12 tahun lebih lewat merdeka iaitu pada tahun 1957 berbanding mereka pada tahun 1945 namun negara Malaysia terus gah berlari mencipta kegemilangan di pentas antarabangsa. Sebagai contoh Malaysia kini mempunyai sistem perancangan bandar yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara jiran yang lain di rantau ini. Sistem jaringan jalan raya yang dimilik oleh Malaysia jauh lebih baik berbanding dengan negara Indonesia kerana di Indonesia kondisi jalan raya mereka adalah agak teruk dimana ketika perjalanan pulang dari Bogor saya melihat besi-besi jalanraya yang begitu banyak terkeluar dan menyebabkan keadaan jalanraya itu tidak selamat selain semasa sepanjang perjalanan kita akan biasa melihat keadaan jalanraya yang berlubang-lubang. Yang paling menarik perhatian saya ialah ketika di hadapan Hotel Ibis Mangga 2 keadaan jalanraya yang berlubang agak besar telah ditutup dengan hanya menggunakan batu sungai. Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan tidak berpagar amatlah tidak selamat jika hendak dibandingkan dengan KLIA yang jauh lebih gah. Kami juga terkandas sekitar 15 minit ketika dalam perjalanan pulang kerana kekurangan landasan untuk berlepas.

Perkara lain yang menarik minat saya ialah walaupun syarikat gergasi petroleum negara PETRONAS belajar daripada syarikat minyak Indonesia iaitu PERTAMINA namun hakikatnya syarikat PETRONAS lebih mencipta nama di pentas antarabangsa berbanding PERTAMINA yang tidak dikenali di dunia. Jadi ini adalah menunjukkan bahawa syarikat Malaysia ini lebih mempunyai semangat juang serta strategi yang baik untuk terus memacu kejayaan di pentas antarabangsa selain kerajaan yang baik yang terus menyokong kepada pembangunan syarikat-syarikat di Malaysia. Ini jelas membuktikan dengan kata-kata yang disampaikan sendiri oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Surya yang berkata bahawansanya masyarakat Malaysia ingin berubah jadi itulah yang menyebabkan negara Malaysia jauh lebih maju walaupun baru sahaja mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Kemakmuran yang dimiliki ini harus dipelihara dan dijaga supaya ianya terus menjadi suatu kekuatan buat negara Malaysia untuk terus mencipta kegemilangan diarena antarabangsa. Saya amat tertarik dengan keunikkan yang dihidangkan oleh negara Indonesia. Begitu banyak yang sebenarnya boleh dan dapat kita pelajari sebenarnya tetapi bergantung bagaimana kesediaan kita untuk memerhati, berfikir, menilai dan belajar. Jadi amat benarlah kata-kata pujangga yang menyebut jauh perjalanan luas pemandangan. Tetapi perpatah ini akan hanya menjadi retorik atau ayat kosong sahaja jika tidak dimanfaatkan secara optimum oleh kita. Disini saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada bahagian pembangunan pelajar Jabatan Pengajian Tinggi dan kerajaan Malaysia kerana memberi saya peluang ini yang amat berharga dalam hidup. semoga lebih banyak program seperti ini dianjurkan demi meberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang keadaan dunia.

No comments:

Post a Comment