SELAMAT DATANG

Thursday, January 13, 2011

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Dengan bervisikan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia selaras dengan Wawasan Negara. Dan bermisikan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan KPKT kini dipimpin oleh Datuk Chor Chee Heung iaitu ahli parlimen P009 Alor Star, negeri Kedah , Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung dengan majoriti sebanyak 184 undi. Datuk Chor memperolehi 20,741 undi berbanding Gooi Hsiao Leung memperolehi hanya 20,557undi.

KPKT bermatlamat untuk merealisasikan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang. Kementerian mempunyai lima (5) objektif untuk mencapai matlamat di atas iaitu:
1) Mewujudkan dan melaksanakan perancangan yang setara untuk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan-kawasan bandar dan luarbandar.
2) Menggalak, memaju dan membimbing Pihakberkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bandaran yang bermutu tinggi dan juga kemudahan-kemudahan sosial, rekreasi serta peluang-peluang ekonomi yang seimbang.
3) Memastikan kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial dan rekreasi.
4) Memastikan keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran dan ancaman dari bahan-bahan berbahaya, penyelamatan semasa kecemasan yang cekap dan berkesan serta peningkatan pengetahuan orang awam terhadap bahaya kebakaran dan pencegahannya.
5) Mewujudkan pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang berkualiti secara menyeluruh di seluruh negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.

KPKT juga memainkan beberapa fungsi seperti menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan, membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang. Selain itu, memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda. Bukan itu sahaja, KPKT juga berfungsi untuk menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. Seterusnya, menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan dan menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif. Akhir sekali, memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan ini adalah komited untuk merancang, menyelaras dan menyediakan petempatan manusia yang mampan dan lebih sempurna, lengkap dengan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan sosial dan rekreasi di samping mencipta peluang-peluang ekonomi kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan Menguatkuasakan dan melaksanakan Akta dan Perundangan Subsidiari di bawahnya dengan efisien seperti berikut :
i. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);
ii. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
iv. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133);
v. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
vi. Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538);
vii. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341);
viii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672);
ix. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 673 );
x. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400); dan
xi. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 ( Akta 81 ).

Selain itu, KPKT juga bertindak menggubal dan melaksanakan dasar, strategi dan tadbir urus program berkaitan peranan dan tanggungjawab KPKT ini sesuai dengan matlamat dasar-dasar pembangunan sosial. Seterusnya, merancang dan mengawal selia pembangunan perumahan yang berkualiti dan teratur bagi mewujudkan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Memberikan perkhidmatan yang adil, mudah, murah dan cepat kepada pihak yang menghadapi masalah berkaitan dengan tuntutan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Bukan itu sahaja, KPKT juga berperanan merancang dan memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan secara telus mengikut jadual dan nilai pulangan terbaik (best value for money) serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dan membantu serta meningkatkan tadbir urus PBT dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan selamat bagi memenuhi keperluan penduduk serta pembangunan perniagaan yang seimbang. KPKT secara tidak langsung bertindak dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang cekap dan berkesan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan kebakaran dan mewujudkan dan memastikan perancangan guna tanah untuk pembangunan fizikal yang mampan berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

KPKT juga bertindak memastikan pemuliharaan dan pembangunan landskap, taman awam dan kemudahan rekreasi yang berkualiti dan menyeluruh bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman, menguruskan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dibekalkan berada di tahap yang tinggi manakala kemudahan pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan dan pengoperasian dibina dengan teknologi mesra alam dan kos efektif, merancang, menyedia dan mengawal selia infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, Mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai peminjam dan akhir sekali mengawal selia aktiviti pemegang pajak gadai melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai pemajak.

Dibawah KPKT terdapat beberapa jabatan yang berperanan dalam menjayakan setiap peranan dan fungsi yang telah digariskan oleh mereka. Antara jabatan yang terdapat di bawah organisasi KPKT adalah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

2.1 AKTIVITI KELOLAAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2.1.1 KONSEP PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)
Kajian terus dilakukan bagi memastikan peningkatan mutu dalam perkhidmatan yang diberikan oleh KPKT. Antaranya ialah pengenalan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.
Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan.
Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan.

Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan, pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek.

Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.

2.1.2 KONSEP BANDAR SELAMAT

Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT. Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan sosial / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam. Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT.
Bagi Negeri Selangor, selain Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran pelaksanaan Program Bandar Selamat turut diperluaskan kepada empat Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Daerah iaitu Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Pelaporan bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat PBT Negeri Selangor Tahun 2009 telah dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 5/2009 pada 30 Oktober 2009. (Rujuk Jadual 1).
Jadual 1: Kemajuan Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh 12 PBT Negeri Selangor Sehingga Tahun 2009
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Bil. Langkah Peratus (%)
1. MB Shah Alam 23 100
2. MB Petaling Jaya 23 100
3. MP Klang 21 91.30
4. MP Ampang Jaya 21 91.30
5. MP Kajang 21 91.30
6. MP Selayang 21 91.30
7. MP Subang Jaya 21 95.65
8. MP Sepang 21 91.30
9. MD Kuala Langat 21 91.30
10. MD Kuala Selangor 19 82.60
11. MD Hulu Selangor 19 82.60
12. MD Sabak Bernam 19 82.60

Daripada 38 bandar di Semenanjung Malaysia, MBPJ dan MBSA merupakan PBT yang telah melaksanakan kesemua 23 langkah Program Bandar Selamat selain Majlis Perbandaran Kuantan. Bagi MPSJ, langkah yang masih belum dilaksanakan ialah ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping manakala bagi PBT bertaraf Majlis Perbandaran lain, 2 langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping serta penyediaan penggera keselamatan. Bagi Majlis Daerah pula, antara langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan bollard, penyediaan papan tanda peringatan jenayah serta penyediaan cermin keselamatan di lokasi berkemungkinan berlakunya jenayah.

Pelaksanaan Program Bandar Selamat di PBT perlu dipertingkatkan berdasarkan kepada sasaran NKRA iaitu mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir tahun 2010. bagi mencapai sasaran NKRA, Kabinet telah mengarahkan melalui NKRA LAB agar semua PBT melaksanakan langkah-langkah berikut iaitu mengaktifkan program bandar selamat, mewujudkan jawatankuasa bandar selamat selain semua PBT perlu memantau indeks jenayah setiap bulan melalui Mesyuarat Majlis Penuh dan 12 PBT perlu menyediakan ‘Crime-based Mapping sebelum Jun 2010. Enam (6) PBT di Negeri Selangor terlibat iaitu MBSA, MBPJ, MPK, MPS, MPAJ dan MPSJ. Mulai tahun 2010, format pelaporan pelaksanaan Program Bandar Selamat akan berdasarkan kepada kadar pengurangan jenayah, berbanding pelaksanaan jumlah langkah.

2.1.3 BRIDGING DIGITAL DIVIDE (BDD)

Selaras dengan keputusan Mesyuarat NITC kali ke-12, projek perintis BDD Kemiskinan Bandar telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Kemajuan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan bersama-sama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang bertindak sebagai agensi peneraju bersama. Dua projek telah dikenal pasti dan dilaksanakan, iaitu :
1. eWarga Kota di PPR Jalan Jelatek (DBKL)
2. eUpcom di PPR Jalan Klang Lama (MPPJ)

Projek yang dilaksanakan pada tahun 2003 ini telah memperoleh peruntukan Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS)yang disalurkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Projek Perintis BDD yang dilaksanakan oleh JKT, KPKT bermula pada tahun 2003 dengan kerjasama MIMOS telah mencadangkan dan mengenal pasti empat (4) lokasi projek iaitu Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Miri dan Majlis Daerah Rompin.

Di bawah RMK-9, pelaksanaan BDD – Kemiskinan Bandar ini telah diselaraskan semula bagi memastikan projek ini dilaksanakan secara menyeluruh agar objektif sebenar projek dapat dicapai dengan jayanya antaranya mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar dengan kumpulan-kumpulan berkemampuan di bandar, menjadikan kumpulan miskin bandar celik ICT agar dapat memanfaatkan segala peluang digital yang ada dan untuk memberikan peluang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT untuk penciptaan nilai. Selain itu, untuk meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui inisiatif-inisiatif ICT dan akhir sekali untuk meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana proses pembangunan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Projek ini dilaksanakan dengan skop berikut :-
• Penyediaan kemudahan infrastruktur (bangunan, elektrik, kemudahan asas)
• Penyediaan peralatan ICT seperti komputer, pencetak laser network, LCD projector
• Penyediaan talian Internet SOHO (Broadband / ADSL)
• Portal komuniti untuk kemudahan interaksi penduduk / komuniti setempat

Antara faedah yang diperolehi daripada projek ini adalah projek BDD ini akan dapat menerangkan dengan lebih jelas peranan KPKT sebagai agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kerajaan tempatan dan mempunyai pertalian yang erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar supaya dapat bersaing dengan kumpulan-kumpulan yang berkemampuan di bandar. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet, pusat komuniti di kawasan yang dipilih nanti akan menjadi pusat sumber komuniti yang membolehkan kumpulan sasaran mengakses maklumat secara ‘online’, mendapatkan perkhidmatan aplikasi ICT yang berkaitan dengan pendidikan, perniagaan, dan kemasyarakatan, bertukar-tukar maklumat, berkongsi sumber dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan sumber ekonomi dan tahap pendidikan kumpulan sasaran. Dengan bermulanya inisiatif daripada kerajaan pusat dan seterusnya diteruskan oleh kumpulan sasaran usaha-usaha seperti pembentukan organisasi masyarakat, seminar kesedaran, latihan celik ICT, latihan penggunaan aplikasi ICT secara hands-on dan latihan keusahawanan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.


2.1.4 LOCAL AGENDA 21

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.
Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan. Pembangunan mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

Antara ciri-ciri LA21 adalah seperti berikut melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan, menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama, merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) dan melibatkan masyarakat tempatan selain Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini dan Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu, merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu dan mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek serta merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan.

Objektif utama projek perintis ini adalah untuk mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21, menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama, merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21, melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan dan untuk mengguna pakai pendekatan ini di PBT-PBT lain di negara. Program seperti ini haruslah menghasilkan projek-projek fizikal supaya faedah-faedahnya dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT-PBT. Sebagai contoh, isu-isu yang berikut boleh dijadikan projek fizikal pencemaran, pembaziran sumber, kitar semula, kebersihan, kesaksamaan sosial dan integrasi sosial.

Terdapat tiga peringkat melapor bagi Projek Perintis LA21 di Malaysia. Peringkat utama ialah Jawatankuasa LA21 yang dipengurusikan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah. Jawatankuasa ini mendapat sokongan dari pihak perunding dan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat, swasta dan kerajaan. Keahlian Jawatankuasa LA21 adalah seperti berikut:
• Yang Dipertua (selaku pengerusi)
• Pegawai LA21 PBT (selaku setiausaha)
• CBO tempatan
• NGO tempatan
• Industri dan Perniagaan tempatan
• Bahagian-bahagian PBT yang berkenaan
• Jabatan Kerajaan lain yang berkenaan
• Wakil dari PBT lain jika berkenaan
• Perunding Penghubung Masyarakat
• Ketua Perunding dan Perunding Komunikasi (apabila diperlu)
Jawatankuasa LA21 melapor kepada Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang dipegerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal pula melapor kepada Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri


Jawatankuasa LA21, yang terdiri daripada wakil-wakil masyarakat, swasta dan kerajaan akan:
• Mengkaji isu-isu tempatan bersama masyarakat
• Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu tempatan
• Merumus Pelan Tindakan LA21 bersama masyarakat
• Meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan
• Menetapkan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
• Mengumumkan hasil kerjasama yang diperolehi
• Melaksanakan Pelan Tindakan LA21
• Memantau petunjuk-petunjuk dan mengambil tindakan yang sewajar apabila perlu (trigger)
• Mempopularkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan Pelan Tindakan di kalangan masyarakat tempatan
Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyertai Projek Perintis Local Agenda 21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis Local Agenda 21:
• Majlis Perbandaran Miri
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya
• Majlis Daerah Kerian
• Majlis Perbandaran Kuantan
Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
• Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks
• Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah
• Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang bersaiz sederhana

No comments:

Post a Comment