SELAMAT DATANG

Showing posts with label PEMBERITAHUAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBERITAHUAN. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

MANIFESTO PEMILIHAN 2010/2011

Assalamualaikum dan Salam Pejuangan Mahasiswa..Saya Wan Ahmad Hazman dengan ini mengumumkan bahawa saya akan kembali bertanding sebagai calon FAKULTI GEOINFORMASI DAN HARTA TANAH sempena Majlis Pemilihan Perwakilan Mahasiswa untuk terus memperjuangkan agenda kebajikan anda sekalian. Saya disini telah menggariskan beberapa agenda yang akan saya perjuangkan sekiranya mendapat mandat dan kepercayaan anda semua sebagai pewakilan anda. perjuangan saya:

Di FGHT:
1. Menambah bilangan bonggol terutamanya di antara bangunan di FGHT bagi meningkatkan keselamatan seluruh warga FGHT kerana kita sedar jalan di FGHT adalah laluan utama.
2. Memperkenalkan program “wakaf angkat”
• Untuk menyediakan perkhidmatan fotostat, print dan binding di FGHT
• Menggantikan tempat jualan kuih dan sarapan di hadapan PSZ ke FGHT bagi memudahkan warga FGHT memanfaatkan waktu rehat
3. Menyediakan pas kepada semua mahasiswa FGHT untuk mengambil alat ukur di makmal UKK tanpa di saman

Di UTM:
1. Mengadakan skrin gergasi untuk membolehkan mahasiswa menonton sukan seperti bola sepak EPL dan Liga Super.
2. 2 jam kredit KEPIMPINAN untuk mereka yang menyertai JKM, Kelab, Persatuan dan MPM.
3. Anugerah Kepimpinan Kelab, Persatuan dan JKM untuk mengiktiraf program dan kelab terbaik setiap tahun dan dapat menggalakkan perwujudan lebih banyak program yang bermanfaat.

InysaAllah ini akan saya perjuangkan disamping kebajikan berterusan buat anda semua. Pilihlah pemimpin yang terbaik bagi memastikan kebajikan dan hak anda sentiasa terpelihara.

Jangan lupa tunaikan hak anda semua sebagai pengundi. Selamat mengundi. kerana Tuhan untuk Manusia

Wednesday, February 16, 2011

LAPORAN SEBAGAI NAIB PRESIDEN AKTIVITI MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM SESI 2009/2010

NAIB PRESIDEN AKTIVITI MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
SESI 2009/2010

PORTFOLIO
1. Naib Presiden Aktiviti hendaklah mempengerusikan MPPP.

2. Naib Presiden Aktiviti hendaklah merangka dan membentangkan sasaran kerja tahunan bagi pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa.

3. Naib Presiden Aktiviti hendaklah menyemak segala pendokumentasian program yang dilaksanakan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

4. Naib Presiden Aktiviti hendaklah memantau bersama persatuan /kelab bukan akademik dalam hal ehwal kebajikan mereka.

5. Naib Presiden Aktiviti hendaklah mengatur penglibatan ahli Majlis berkaitan urusan rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa di dalam luar kampus.

6. Naib Presiden Aktiviti hendaklah mengurus dan mengarahkan Pesta Konvokesyen dibawah kelolaan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

DOKUMENTASI AKTIVITI NAIB PRESIDEN AKTIVITI MPMUTM
TAKWIM TAHUNAN

BIL AKTIVITI TARIKH HARI TEMPAT
1. Perjumpaan dengan TNC HEMA 3Februari 2010 Rabu BilikMesyuarat HEMA
2. Kursus Pengurusan Persatuan 5 - 7 Feb 2010 Jumaat - Ahad Desaru
3. International Student Leaders Confrence 20 – 26 Februari 2010 Sungai Rambai, Melaka & UTM
4. Pembentangan Program Tahunan MPM bersama TNC HEMA 3 Mac 2010 Rabu BilikMesyuarat HEMA
5. Mesyuarat ME & MT 5 Mac 2010 Jumaat Pejabat MPM
6. Perjumpaan MPP IPTA bersama BHEPP KPT & Interview Program Bicara Negarawan 6 Mac 2010 Sabtu ESSET, Bangi
7. Malam Anugerah Kolej 11 7 Mac 2010 Ahad DSI
8. Mesyuarat Pra Konvo 45 9 Mac 2010 Selasa Pejabat MPM
9. Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MPM & JKM serta Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa 10 Mac 2010 Rabu DewanSenat UTM
10. Mesyuarat MPM ke-2
1. Kepentingan MKM
2. Model Seminar 12 Mac 2010 Jumaat Pejabat MPM
11. Mesyuarat Pesta Konvokesyen ke 44 14 Mac 2010 Ahad Bilik Gerakan Konvo
12. Mesyuarat Bulanan MPM 15 Mac 2010 Isnin Pejabat MPM
13. Mesyuarat Pesta Konvokesyen ke 45 16 Mac 2010 Selasa Pejabat MPM
14. Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Kolej ke-1 22 Mac 2010 Isnin DewanSenat UTM
15. Road to Parlimen bersama Menteri Mentor UTM, YB Datuk Shaziman Abu Mansor 24 Mac 2010 Rabu Parlimen UTM
16. Program Bicara Negarawan Bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad 26-30 Mac 2010 Selasa - Selasa Awana Genting, Impiana KLCC
17. Suara Siswa 30 Mac 2010 Selasa RTM
18. Interview AJK Pesta Konvokesyen 45 31 Mac 2010 Rabu Pejabat MPM
19. Mesyuarat MT & ME 31 Mac 2010 Rabu Pejabat MPM
20. Mesyuarat MPM ke-3 2 April 2010 Jumaat Pejabat MPM
21. Suara Siswa 4 Mei 2010 Selasa RTM
22. UTM Sasaranku 7-9 Mei 2010 Jumaat - Ahad SMK Bukit Katil
23. Konvensyen Hari Belia 15 Mei 2010 Sabtu PICC Putrajaya
24. Progam Khidmat Insan Dinamik 16-18 Mei 2010 Jumaat - Ahad SM Teknik Bukit Piatu, Melaka
25. Latihan PALAPES 21 Mei -7 Jun 2010 Markas PALAPES UTM
26. Program Delegasi UMS 27 Mei 2010 Khamis Tasik UTM
27. Pentauliahan PALAPES IPTA kali ke 29 10 – 12 Jun 2010 Khamis - Sabtu USM
28. Mesyuarat MPM 16 Jun 2010 Rabu Pejabat MPM
29. Pemantapan JKM Kolej 11 21 – 23 Jun 2010 Isnin - Rabu Pulau Tioman
30. PROKID 25 -27 Jun 2010 Jumaat - Ahad SMK Sri Aman
31. Kursus KREW Minggu Transformasi Mahasiswa 27 – 29 Jun 2010 Ahad - Selasa Port Dickson
32. Mesyuarat Penyelarasan Bas dan Makanan MTM 30 Jun 2010 Rabu Bilik Mesyuarat KTC
33. Pelancran 4G UTM Bersama Datuk Seri Utama Rais Yatim 1 Julai 2010 Khamis Dewan Jamuan HEMA
34. Minggu Transformasi Mahasiswa 3 – 10 Julai 2010 Sabtu - Sabtu UTM
35. Mesyuarat Pesta Konvokesyen 45 12 Julai Isnin Bilik Gerakan Konvo
36. Moderator Forum Benih-benih Cinta 15 Julai 2010 Khamis Gelanggang Kolej 11
37. Perjumpaan Dengan TNC 19 & 20 Julai 2010 Isnin&Selasa De’Tropika Café UTM
38. Mesyuarat ME & MT 23 Julai 2010 Jumaat Pejabat MPM
39. Pelancaran Bangunan Sultan Ibrahim 26 Julai 2010 Isnin DSI
40. Mesyuarat Pesta Konvokesyen 45 27 Julai 2010 Selasa Bilik Gerakan Konvo
41. Perbentangan Kertas Kerja Pesta Konvokesyen 45 28 Julai 2010 Rabu Bilik Mesyuarat HEMA
42. Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa 28 Julai 2010 Rabu KTC
43. Mesyuarat Taklimat Penajaan GOP 29 Julai 2010 Khamis Pejabat MPM
44. Perjumpaan Bersama Penasihat Pesta Konvokesyen 45 30 Julai 2010 Jumaat Bilik Mesyuarat KTC
45. Mesyuarat MPM 30 Julai 2010 Jumaat Pejabat MPM
46. Mesyuarat U-OL 31 Julai 2010 Sabtu Pejabat MPM
47. Pertandingan Debat Akhir Piala TNC 1 Ogos 2010 Ahad DSI
48. Meeting Pesta Konvokesyen 3 Ogos 2010 Selasa Bilik Gerakan Konvo
49. Konvensyen MPM IPTA 6 – 8 Ogos 2010 Jumaat - Ahad ESSET Bangi
50. Mesyuarat MT konvo 10 Ogos 2010 Selasa Bilik Gerakan Konvo
51. Perasmian Bulan Merdeka oleh NaibCancelor 16 Ogos 2010 Isnin DSI
52. Mesyuarat Pesta Konvo 18 Ogos 2010 Rabu Bilik Gerakan Konvo
53. Majlis Bersahur Bersama dengan Menteri Pengajian Tinggi 20 Ogos 2010 Jumaat DSI
54. Mesyuarat bersama HEMA 23 Ogos 2010 Isnin HEMA
55. Iftar Mahabah Perdana MPM 23 Ogos 2010 Isnin Dewan Jamuan HEMA
56. Mesyuarat Bersama MSI 25 Ogos 2010 Rabu MSI
57. Iftar Perdana UTM 25 Ogos 2010 Rabu MSI
58. Mesyuarat MPM 31 Ogos 2010 Selasa Pejabat MPM
59. Mesyuarat Dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 3 September 2010 Jumaat HEMA
60. Mesyuarat Penyelarasan Pesta Konvokesyen 45 / Gerak Kerja Akhir 4 -22 september 2010 Bilik Gerakan Konvo
61. Perjumpaan Bersama Presiden dan Wakil PMI 20 September 2010 Isnin Bilik Gerakan Konvo
62. Pesta Konvokesyen ke-45 22-29 September 2010 Rabu – Rabu Padang Kawad UTM
63. Post Mortem Pesta Konvokesyen 45 2-3 Oktober 2010 Sabtu - Ahad Padang Kawad UTM
64. World Confrence GSDI 12 18 – 22 Oktober 2010 Isnin - Jumaat Singapura
65. Malam Penghargaan Pesta Konvokesyen 45 24 Oktober 2010 Ahad The Zone
66. Perjumpaan Bersama En Ismaal 27 Oktober 2010 Rabu KTC
67. Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pentadbiran dan Pembangunan Tanah 29 Oktober 2010 Jumaat Bilik Seminar FGHT
68. Program Eksplorasi Pemimpin Kelas Pertama Ke Indonesia 6 – 13 Disember 2010 Isnin – Isnin UPM, Indonesia
69. Latihan PALAPES 14 - 24 Disember 2010 Selasa - Rabu Markas PALAPES UTM
70. Ceramah Motivasi 26 Disember 2010 Ahad SMK Ayer Molek
71. Mesyuarat ‘Road to Harvard’ 6 Januari 2011 Khamis Pejabat MPM
72. Kursus Kreatif Nur Al-Falah Zon Selatan 14 – 16 Januari 2011 Jumaat - Ahad Tanjung Piai
73. Amanat Tahunan TNC HEMA 19 Januari 2011 Rabu DSI
74. Perlembagaan MPM 19 Januari 2011 Rabu Pejabat MPM
75. Perlembagaan MPM 21 Januari 2011 Jumaat Pejabat MPM
76. Pelancaran Biasiswa Tabung Endowment 2 Februari 2010 Rabu UTMIC
77. Mesyuarat MT dan ME 10 Februari 2010 Khamis Pejabat MPM
78. Mesyuarat Agung Tahunan MPM 13 Februari 2010 Ahad Pejabat MPM
79. Pembubaran Kabinet MPM 14Februari 2010 Isnin Bilik Mesyuarat HEMA


Pencapaian:
1. Anugerah Dekan 2 semester berturut-turut selama MPM
2. Anugerah Kepimpinan Khas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
3. 2 kali sebagai panel Suara Siswa
4. Mewakili MPM dan UTM di World Confrence di Singapura
5. Mewakili MPM dan UTM di Program Eksplorasi Pemimpin Kelas Pertama ke Indonesia.
6. Inovasi semasa di Pesta Konvokesyen ke 45
7. Menjadi penyumbang terbesar Endowment UTM dengan RM10, 000.00 bersama Pesta Konvokesyen ke 45.

Aktiviti Yang Tidak Dapat Dilaksanakan

1. Majlis Pengerusi-pengerusi Persatuan MPPP
sebab: a) Kekangan masa
b) Komitmen pada pesta konvokesyen 45
c)Database yang kurang berkesan
cadangan :a)HEMA perlu menyediakan database Persatuan yang efisyen
b)MT tidak perlu menjadi pengarah Program yang besar

Saya mengakui semua yang di atas adalah benar dan segala yang dilaksanakan adalah untuk kebajikan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Diharapkan semoga pengorbanan yang dilakukan akan diberkati oleh Allah s.w.t. Diharapkan juga supaya perjuangan dapat diteruskan oleh perintis pemimpin mahasiswa yang akan datang. Sekian.

Monday, February 14, 2011

PRESIDEN PMIUTM BERTEMU DENGAN PENGARAH KONVOKESYEN KE-45

PRESIDEN PMIUTM BERTEMU DENGAN PENGARAH KONVOKESYEN KE-45
by Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia on Sunday, September 26, 2010 at 7:15am
Laporan oleh Mohd Nur Qadhir Bin Awang


Dalam kesibukan menguruskan pesta konvokesyen UTM pada kali ini, pengarahnya saudara Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud sempat beramah mesra masa hampir sejam bersama presiden PMIUTM, saudara Mohd Khairul bin Abdullah Halim pada petang Isnin 20 September 2010 bersamaan 11 Syawal 1431 Hijrah.

Tujuan presiden PMIUTM, saudara Mohd Khairul bertemu dengan pengarah konvo, saudara Hazman ialah untuk menyatakan harapan PMIUTM terhadap pesta konvokesyen ke-45 kali ini agar bertepatan dengan panduan-panduan dan peraturan-peraturan aktiviti yang telah sekian lama wujud di UTM namun dipandang sepi oleh sesetengah mahasiswa khususnya pengarah program.


Bersama Suadara Khairul, Mantan Presiden PMIUTM dan juga Naqib saya

Percaya atau tidak, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa UTM mempunyai Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program, Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan, dan Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993) yang dapat ditatap di laman web rasmi UTM http://www.utm.my/hep2/panduan.

Panduan-panduan ini jelas menceritakan tentang cara yang sepatutnya sesuatu aktiviti itu dijalankan terutamanya yang membabitkan aktiviti hiburan. Malang sekali, berapa banyak program tidak kira makan malam kolej mahupun aktiviti-aktiviti universiti yang mengabaikan panduan ini. Dalam kesempatan yang singkat itu juga, saudara Hazman sempat menceritakan serba sedikit tentang aktiviti sepanjang pesta konvokesyen yang mana ‘Mahasiswa Menerajui Inovasi’ menjadi temanya.
Inovasi seringkali dikaitkan dengan perubahan atau perbezaan dan antara perubahan yang cuba dibawa oleh saudara Hazman setelah lebih kurang empat bulan berhempas pulas bersama jawatankuasanya yang lain ialah dari segi pengisian aktiviti sepanjang pesta konvokesyen.

Pesta konvokesyen UTM ke-45 yang berlangsung selama 8 hari bermula dengan majlis perasmian pada malam hari Rabu, 22 September 2010 dan berakhir pada hari Rabu berikutnya, 29 Semptember 2010 menjanjikan sesuatu kelainan apabila programya turut melibatkan institusi kebajikan sekitar negeri Johor dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Johor.

Selain itu, rakaman Suara Siswa, salah sebuah rancangan di TV1 turut akan mengisi jadual pesta konvokesyen kali ini dan dijangka diadakan pada pagi hari Jumaat 24 September 2010. Boleh dikatakan setiap malam akan diadakan program yang menarik yang melibatkan individu-individu yang popular seperti Dato’ Lat, Ally Iskandar, Sabri Yunus dan ramai lagi.

Selain program di malam hari, pesta konvokesyen kali ini juga menjalankan kerjasama bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menyediakan peluang kepada mahasiswa menjadi usahawan dan mencari peluang kerjaya dengan seminar, khidmat nasihat dan program yang disediakan terutamanya bagi mahasiswa tahun akhir. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi agensi-agensi lain yang turut akan terlibat sepanjang pesta konvokesyen kali ini dengan membuka ruang pameran di tapak pesta dan menjalankan pelbagai aktiviti lain.

Jadi marilah mahasiswa semua turun untuk memeriahkan lagi pesta konvokesyen yang ke-45 ini selain pada masa yang sama mendapatkan input-input yang berguna. Akhir kata, harapan dari pengarah konvo dan presiden PMIUTM sendiri semoga seluruh warga UTM dapat sama-sama menjayakan pesta konvokesyen kali ke-45 ini. Waallahu’alam.

CERITA CUTI TAHUN BARU CINA

Minggu ini walaupun rakan-rakan mahasiswa pulang ke kampung halaman kerana cuti pertengahan semester kerana sambutan tahun baru cina. Namun atas dasar tanggungjawab, komitmen dan kecintaan saya telah melakukan beberapa pertemuan dengan beberapa nama besar di Malaysia dalam membincangkan pembangunan Mahasiswa, masyarakat serta agama, bangsa dan Negara tercinta. Pertemuan pertama adalah dengan Tan Sri Isa Samad yang kini merupakan ADUN Bagan Pinang yang dipilih pada Pilihanraya Kecil tahun lalu. Tan Sri Isa Samad merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum digantung keahlian dalam UMNO kerana dikatakan terlibat dengan politik wang semasa pemilihan agung UMNO untuk jawatan Naib Presiden parti. Kini beliau kembali ke arena politik dengan membina masjid iaitu perkahwinan yang Penuh kontroversi. Beliau kini telah dilantik sebagai Pengerusi FELDA diatas kemampuan dan pengalaman yang dimilik untuk terus membangunkan FELDA dan membuat ianya terus relevan di mata dunia. Pada pertemuan itu, saya telah merakamkan ucapan tahniah diatas pernikahan dan pelantikan beliau sebagai Pengerusi FELDA. Dalam pertemuan itu saya telah mendapatkanm pendapat beliau mengenai senario politik semasa di Malaysia yang menyaksikan ramai golongan muda tidak berminat kepada politik dan situasi dimana ramai belia dan mahasiswa tidak mendaftar sebagai pemilih.


bersama Saudara Zaki Omar Presiden MPM UTM dan Saudara Shazada Khan YDP UTHM

Seterusnya, saya kembali bertemu dengan ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad mantan perdana Menteri Malaysia ke4. Perjumpaan dengan Tun adalah pertemuan terbaru setelah saya berpeluang dan terpilih untuk Program Bicara Negarawan bersama ayahanda Tun dimana menyaksikan saya terpilih sebagai penghulu program selain terpilih sebagai peserta terbaik dan menerima anugerah Khas Tun dan membawa pulang, sijil, trofi dan wang tunai sebanyak RM5000.00. namun pada saya nilai wang itu bukan segalannya sebaliknya pengalamn bersama tun dan tinggal bersama bertemu dan menerima anugerah dari Tun suatu penghormatan dan suatu kenangan terindah yang tidak dapat saya buang dari memori saya.


Ketika menerima anugerah dari ayahanda Tun ketika Program Bicara Negarawan

Pertemuan dengan Tun pada kali ini adalah dalam wacana Melayu dan masa depannya anjuran Persatuan Bekas Wakil Rakyat Wilayah Persekutuan (MUBARAK). Ramai nama-nama besar yang hadir termasuk pemimpin politik semasa seperti Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar. Ayahanda Tun Nampak sedikit lemah dari caranya berjalan namun semangatnya untuk terus berbakti kepada masyarakat terutama bangsanya Melayu terus mendorong beliau bersemangat. Semangat inilah yang perlu dicontohi oleh anak muda dalam membantu dalam memajukan agama, bangsa dan negara. Intisari apa yang disampaikan Tun boleh dilihat didalam post saya yang satu lagi bertajuk perpecahan lemahkan bangsa Melayu.


Mendengar Amanat ayahanda Tun

Selain itu, saya jugak sempat bertemu dengan Datuk Nasir Safar yang merupakan bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dikatakan rasis pada ucapan dihadapan 1300 di Melaka pada 1 Februari 2010. Pertemuan saya dengan beliau juga pada 1 Februari tapi setahun setelah kejadian itu. Perjuangan wakil rakyat ini sungguh besar, walaupun mempunyai jawatan besar beliau pernah menyewa rumah kedai di sekitar Tanjung Piai denga bayaran sekitar RM75 sebulan. Oleh itu, anak-anak muda perlu bersemangat dan jangan menjadikan kekurangan yang ada sebagai penghalang kepada kejayaan dan perubahan. Pertemuan ini lebih menjurus kepada bagaimana perkembangan gagasan 1 Malaysia dan bagaimana mahasiswa mampu berperanan dalam menjayakan gagasan ini dalam kita menuju ke arah Wawasan 2020. Perbincangan ini jelas membuka minda bahawasanya mahasiswa sememangnya agen perubahan kepada masyarakat dan perlu kembali kepada masyarakat dan menggunakan ilmu serta kemahiran yang ada bagi manfaat bersama.


kenangan terindah,,senyuman yang akan dikenang sepanjang hayat

Saya juga sempat bertemu dengan YB Datuk Zainal Sakom yang merupakan ADUN di Selangor. Pertemuan dengan beliau lebih menjurus kepada Pertubuhan Anak Negeri Selangor di UTM kerana ramai anak Selangor yang menuntut disana tetapi tiada suatu pertubuhan yang menghimpunkan mereka ini. Beliau sangat gembira dengan cadangan yang saya lontarkan ini. Semoga ianya menjadi realiti. Mungkin saya juga harus segera bertemu dengan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memastikan idea ini mampu direalisasikan.


ketika menerima Anugerah dari ayahanda Tun

Akhirnya, saya turut serta dalam pelancaran Biasiswa tabung endowment UTM dan menara endowment yang dilancarkan oleh Dato Seri Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UTM Prof Dato Ir Dr Zaini bin Ujang, proCanselor Datuk redzuan dan Datuk Abdullah Ayub, Tan Sri Halim selaku Pengerusi Ahli Lembaga Universiti, Ketiga-tiga TNC UTM, dekan-dekan dan ramai kenamaan serta pihak akhbar. Antara peranan tabung ini adalah dianggarkan pada tahun 2025 kesemua mahasiswa undergraduate di UTM seramai 10 ribu orang akan menerima biasiswa dari tabung ini dan tidak akan menyusahkan pihak kerajaan. Kini setelah setahun di lancarkan tabung ini telah mengumpul sekitar 5.4 juta. Tabung ini juga diharap dapat menjadi bantuan untuk meningkatkan penulisan dan penulisan ilmiah di UTM. Tabung ini juga akan digunakan untuk menaja Kursi professor untuk meneruskan peningkatan penyelidikan di UTM. Mewakili KPT Dato Seri Khalid sangat gembira dengan usaha yang dimainkan oleh UTM dibawah kepimpinan Dato NC selain usaha menjadi universiti penyelidikan keusahawanan. Pesta Konvokesyen ke 45 merupakan penyumbang tertinggi tabung ini kategori Mahasiswa dengan jumlah kutipan RM10,000.00 pada tahun lepas dan kini masih mengekalkan rekod itu. Tahniah kepada AJK Pelaksana Pesta Konvo 45. Semoga rakan-rakan mahasiswa dapat mencontohi mereka ini dan kembali menyumbang kepada Universiti begitu juga kepada para alumni UTM. Jangan tanya apa yang universiti boleh bagi pada kita sebaliknya tanyalah apa yang anda boleh sumbang dan berikan kepada Universiti.


Bersama rakan pimpinan Mahasiswa dari UTM IC dan Saudara Miqdad

Alhamdulillah akhirnya selamat juga tiba dirumah untuk bertemu ibu, ayah dan adik beradik yang tercinta. Walaupun JB dan Kuala Lumpur hanya sekitar 400km namun lama jugak rasanya tidak pulang ke rumah kerana beberapa komitmen dan tanggungjawab yang harus diselesaikan. Semoga walaupun seketika berada dirumah tetapi ianya cukup bermanfaat. Amin.

bersama ayahanda tun di Yayasan Kepimpinan Perdana

PESTA KONVOKESYEN KE 45 UTM CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

KEPELBAGAIAN DAN KELAINAN AKTIVITI CETUS KEMERIAHAN PADA PESTA KONVOKESYEN KE-45 UTM

Pada tanggal 22-29 September 2010 telah berlangsungnya Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-45 di Padang Kawad UTM, Johor Bahru. Penganjuran pesta Konvokesyen pada kali ini telah diberikan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM. Pesta konvokesyen boleh dijadikan sebagai suatu platform bagi mahasiswa untuk membentuk keyakinan dan keterampilan diri melalui perancangan pelbagai program bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, kreatif serta inovatif.


Bersama dengan pelawak tanah air saudara Sabri Yunus

Kemeriahan pesta konvokesyen kali ini dapat dirasai dengan kehadiran para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Para Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Malam Puisi Riong Berita Harian, program Kami Prihatin, Teater Keluarga Sakinah, Suara Siswa RTM, gerak usahawan IPTA, gerak siswazah tani dan UTM Top Host dan lain-lain lagi. Terdapat 130 buah gerai dibuka untuk kunjungan orang ramai. Ianya terbahagi kepada gerai basah dan kering, gerai penaja, gerai hadiah dan cenderahati. Kelainan yang dapat dilihat pada penganjuran pesta Konvokesyen kali ini adalah dengan begitu banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan menjurus kepada pembudayaan ilmu, pemikiran kreatif dan inovatif selain pendedahan kepada ilmu keusahawanan. Buat julung-julung kalinya, pihak pengunjur telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengadakan pameran dan pendedahan mengenai program Siswazah Tani bagi menarik golongan usahawan dan graduan untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan mereka. Begitu banyak agensi dibawah Kementerian turut serta seperti TEKUN, FAMA, MARDI dan KADA selain banyak tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dilahirkan dibawah skim ini dibawa untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan graduan untuk belajar dengan lebih dekat.



Bersama kartunis terhebat tanah air Datuk Lat

Penaja yang terlibat dalam pesta kali ini terdiri daripada penaja utama; Warisan Wanita, penaja emas; CIMB Bank dan Green Friendly Product (M) Sdn. Bhd., penaja gangsa; Telekom Malaysia (TM), SPACE UTM dan penaja am; BESTA serta penaja kenderaan rasmi iaitu Nissan dan Perodua. Selain itu, para penaja yang terlibat juga turut serta membuka gerai di sepanjang pesta pada kali ini dengan matlamat utama untuk memberi maklumat kepada para pengunjung yang hadir selain memasarkan produk keluaran mereka.


bersama Dr Fazley Yakoob dan Zaki Omar, Presdien MPM

Pesta Konvokesyen kali ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah yang dimasyhurkan sebagai Canselor UTM keempat. Pada malam perasmian pihak penganjur telah menyerahkan sumbangan ke Tabung Merdeka Endowment UTM sebanyak RM 10,000.00 yang telah diterima sendiri oleh Baginda selain kejutan dengan penyerahan cenderahati istimewa oleh Naib Canselor, Prof. Dato’Ir. Dr. Zaini Ujang mewakili warga UTM sempena ulang tahun perkahwinan ke-28 Yang Maha Mulia Tuanku Canselor dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Selari dengan tema budaya Melayu Johor, majlis perasmian Pesta Konvo turut menyajikan para tetamu kehormat dengan persembahan kebudayaan tarian Zapin oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Melati, Skudai. Antara tarian yang dipersembahkan adalah “Menjunjung Duli”, “Tarian Johor Sport’s Club” dan “Tarian Bunga Hutan”. Yang Maha Mulia Tuanku Canselor turut berkenan melawat beberapa gerai pameran di tapak pesta konvo dengan diiringi oleh para tetamu kehormat. Kesempatan ini turut diambil oleh Baginda untuk beramah mesra dengan para peserta pameran serta mahasiswa tempatan dan antarabangsa yang sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis yang penuh gilang-gemilang itu.


Lawatan ke tapak

Setelah berhempas pulas sekitar 4 bulan selain mengorbankan hari raya dan cuti mereka bagi menjayakan program ini, para AJK pelaksana pesta Konvokesyen pada kali ini mampu tersenyum puas kerana majoriti menganggap Pesta Konvokesyen kali ke 45 ini adalah yang terbaik sepanjang penganjurannya. Nyata harapan Baginda untuk melihat program ini berjalan dengan penuh keceriaan dan keharmonian dapat direalisasikan dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana Pesta Konvokesyen ke-45 UTM atas segala usaha dan pengorbanan kalian untuk menjayakan program ini. Semoga banyak pengalaman dan ilmu berharga yang kalian perolehi dan mampu dimanfaatkan pada masa akan datang.


Sultanah Menghulurkan sumbangan kepada tabung derma untuk rakyat Kemboja


Berbual dengan Dato NC dan Sultanah


Sedang menerangkan sesuatu kepada Sultanah

Monday, January 24, 2011

DANA BELIA 1MALAYSIA..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta sebagai satu pencetus membuka ruang kepada golongan belia menggunakan kreativiti untuk membawa manfaat kepada masyarakat.

"Ini supaya (kita) tidak mengehadkan kreativiti yang mereka ada, dengan kebolehan untuk berfikir secara kreatif, memberikan idea yang bernas dalam konteks membangunkan negara dan nilai-nilai bersama berkongsi kejayaan dan bukannya untuk kepentingan diri," katanya.

Berucap ketika melancarkan dana itu di sini hari ini, beliau mengajak golongan belia agar berfikir secara kreatif, inovatif dan menggunakan sebarang imaginasi mereka ke tahap paling maksimum dalam usaha menghasilkan apa juga yang bermanfaat kepada komuniti setempat.

Beliau berkata dengan cabaran yang dilontarkan kepada belia untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, mereka bakal teruja seterusnya
berkemungkinan mempunyai cadangan yang sebelum ini mungkin di luar kotak pemikiran mereka atau di luar jangkau sebelum ini.

Katanya dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia.

Untuk membangunkan sesebuah negara, Najib berkata penyertaan golongan belia sangat penting kerana mereka yang bakal menjadi pemimpin negara kelak.

Najib berkata dana yang dicetus hasil idea Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) memberi pendekatan baru bukan dari "atas ke bawah" tetapi dengan cara memberi belia ruang seluasnya dengan idea yang mereka ada.

Perdana Menteri berkata dana daripada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga menggunakan pendekatan tidak konvensional tetapi ia amat sesuai untuk menjayakan tujuan dana diwujudkan.

"Saya juga masih terbuka dengan idea untuk mendekatkan diri dengan golongan belia dan percaya bahawa dengan menghargai, (ia dapat) memperkasakan golongan ini untuk masa depan," katanya.

Beliau berkata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin akan bertindak sebagai ketua panel bagi menimbangkan sebarang cadangan yang dikemukakan sebelum dikemukakan kepadanya untuk mendapatkan kelulusan.

Antara contoh cadangan yang boleh dikemukakan ialah seperti membabitkan alam sekitar, bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ia termasuk cadangan daripada aspek kreatif seperti drama asalkan dalam lingkungan yang mampu dibantu oleh dana berkenaan,  katanya.
Najib berkata dengan kerjasama syarikat Media Prima, satu rancangan realiti TV akan diwujudkan bagi belia menyertainya dan sama ada cadangan itu diterima atau tidak ia akan dinilai oleh hakim program berkenaan.

Dana Belia 1Malaysia untuk golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun itu merupakan satu cara bagi memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Cadangan projek atau program yang diadakan perlu berteraskan perpaduan, mempunyai kesan berganda terhadap penduduk yang diketuai oleh golongan belia.

- Kuala Lumpur, 21 Januari 2011.

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia)

KEBETULAN SAYA TELAH DIHUBUNGI OLEH CIK ATIEYAH DARI SINAR HARIAN YANG BERTANYAKAN PENDAPAT SAYA MENEGENAI ISU INI. INI ADALAH PANDANGAN SAYA MENGENAI ISU INI YANG DITERBITKAN DALAM SINAR HARIAN EDISI JOHOR PADA 24 JANUARI 2011..

Sunday, January 16, 2011

PESANAN MALAIKAT JIBRAIL A.S. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Pesanan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w.



hiduplah kamu sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.




berbuatlah sesukamu
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.




cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki,
tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.


ketahuilah bahawa...


kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya


dan


kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia.





(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)

hari ini sya di terdengar tentang hadis ini lalu sy telah mencarinya..mungkin ini apa yang boleh sy kongsikan buat renungan kita bersama..renung-renungkan dan selamat beramal

PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ ULAS ISU `MENANG BENTUK, KALAH ISI' - MELAYU TIDAK KISAH BANGSA

Utusan Malaysia, 15 Ogos 2004

MUKADIMAH

ProfESOR Diraja Ungku Aziz cepat bersetuju ketika mahu diwawancara tentang isu agenda Melayu yang berbangkit ekoran tulisan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Norraesah Mohamad di halaman ini minggu lalu.

Pada hari dan masa yang dijanjikan, Pak Ungku membawa bersamanya Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara II yang diserahkan kepada kerajaan pada 2 November 2000.
Beliau salah seorang anggota badan itu dan duduk di dalam Jawatankuasa Kerja Pembasmian Kemiskinan.

``Penyelesaiannya sudah ada dalam laporan ini tetapi kita selalu mahu mencari cara-cara baru,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI, kelmarin.
Menurut Pak Ungku isu agenda sosioekonomi orang Melayu harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan.
``Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja,'' katanya merujuk kepada Perhimpunan Agung UMNO.
Dalam pertemuan itu, Pak Ungku turut membangkitkan satu sikap orang Melayu yang pada pandangannya banyak merosakkan bangsa itu sendiri.

``Orang Melayu tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu,'' katanya.
Beliau juga membangkitkan sindrom kacang lupakan kulit di kalangan orang Melayu.

MINGGUAN: Apakah yang terlintas dalam fikiran Pak Ungku selepas membaca tulisan Dr. Norraesah itu?

UNGKU AZIZ: Ia satu tulisan yang sangat baik. Saya seorang yang susah hendak berpuas hati tentang orang lain termasuk terhadap diri sendiri.
Saudara jangan lupa bahawa dia memiliki ijazah kedoktoran sains ekonomi dari University of Paris I Pantheon-Sorbonne, salah sebuah universiti yang terkemuka di Eropah dan universiti nombor satu Perancis sama seperti Oxford dan Cambridge di England dan Harvard di Amerika Syarikat.
Saya fikir beliau ini seorang intelek yang tidak begitu digunakan kepakarannya. Kalau saya diminta menyenaraikan 10 tokoh pemikir wanita di negara ini, senang-senang beliau antara lima yang teratas.

Tulisannya itu padat dan menyentuh secara keseluruhan isu-isu tentang masalah sosioekonomi orang Melayu walaupun tidak dengan mendalam.
Tetapi beliau tidak begitu lantang dalam erti kata tidak mempersoalkan kenapa orang Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu misalnya bertubuh kecil berbanding di negeri-negeri lain. Kenyataan ini bukan pandangan peribadi saya tetapi itulah juga yang dinyatakan dalam laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) negara.
Apa yang saya bangkitkan ini ada kena-mengena dengan isu agenda Melayu ini.]

Kenapa tubuh mereka lebih kecil?

UNGKU AZIZ: Saya juga selalu bertanya soalan yang sama: Apakah Tuhan memang menjadikan orang Melayu comel dan kecil?
Keadaan orang Jepun selepas Perang Dunia Kedua juga serupa. Tetapi selepas kalah perang itu mereka bertanyakan soalan yang sama yang kita tanyakan kepada orang Melayu sekarang: ``Apa yang tidak kena dengan bangsa ini? Kenapa kita tidak boleh berjaya dalam pelbagai bidang?''
Orang Jepun menemui jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan itu dan mereka menyelesaikannya - pendidikan yang bermutu dan pemakanan yang seimbang. Hasilnya tubuh mereka besar, minda mereka cergas dan kita tahu mereka menguasai ekonomi.
Kejayaan bangsa Jepun itu boleh kita tiru. Hal ini sudah saya kupas dengan panjang lebar beberapa kali sebelum ini.

Apa kaitannya cerita itu dengan perbincangan kita ini?

UNGKU AZIZ: Ada dua perkara yang boleh mengubah nasib orang Melayu pada jangka panjang - pendidikan dan pemakanan yang seimbang.
Pada masa yang sama kita harus mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu. Kalau kita lihat secara keseluruhannya orang Melayu tidak cenderung mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi.
Orang Melayu tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya; tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan seperti orang Jepun dan Eropah. Mereka ada pemikiran itu kerana mereka mahu berjaya. Bangsa Cina juga begitu, selalu berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri.

Kita harus mencari jalan bagaimana hendak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berubah.
Pak Ungku ada jawapannya?

UNGKU AZIZ: Orang selalu menyebut tentang anjakan paradigma tetapi saya minta maaf, sebenarnya banyak yang tidak faham pun apa yang mereka katakan itu. Kalau kita asyik berklise kita tidak akan berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Kita mesti mengubah pandangan orang Melayu tentang pendidikan, bahawa ia adalah satu proses sepanjang hayat dan bukan hanya setakat mendapat ijazah saja. Saya sudah berumur 82 tahun. Saya tidak nampak pelik kalau perlu belajar tentang perisian komputer misalnya kerana itu bidang yang saya kurang mahir. Memang susah tetapi saya mencuba dan memaksa diri belajar.
Saya masih sedia belajar walaupun umur sudah begini. Tetapi bagaimana dengan berjuta-juta orang Melayu lain?

Cita-cita Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lebih 30 tahun lalu. Soalnya kenapa terlalu susah untuk menukar orang Melayu dalam tempoh satu setengah generasi itu?

UNGKU AZIZ: Generasi awal fasa pertama DEB dulu, katakan pada pertengahan tahun 1970-an, sudah berjaya. Banyak yang sudah kita capai dalam bidang pendidikan termasuk menubuhkan pusat asasi sains yang kemudiannya melahirkan doktor dan jurutera Melayu.
Kita telah melalui zaman yang baik itu sehingga awal tahun 1980-an. Selepas itu di bawah kepimpinannya Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan wawasan bahawa orang Melayu boleh survive dalam persaingan yang bebas.

Salahkah wawasan itu?

UNGKU AZIZ: Ia mustahil boleh berlaku. Malah di sesetengah negara maju masih ada kepercayaan bahawa kelompok tertentu harus perlu diberikan perhatian yang lebih dan sedikit istimewa kalau mahu mereka berjaya.
Kelemahan pada orang Melayu yang perlu dibela ini adalah masalah pemikiran masyarakat kita yang telah terbentuk oleh penjajahan. Kita belum bersedia untuk meritokrasi.

Tetapi tidakkah kalau terlalu banyak diberikan bantuan orang Melayu akan jadi begitu manja?

UNGKU AZIZ: Ini satu lagi klise. Bantuan apa yang kita beri? Saya tadi menyebut tentang pendidikan dan pemakanan sebagai ejen perubahan. Tulisan saya dalam laporan Mapen II menyebut bahawa setiap orang harus makan telur ayam sekurang-kurangnya sebiji seminggu.
Hakikatnya kalau kita buat kaji selidik di Kelantan dan Terengganu puratanya hal ini tidak berlaku. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa kita sudah membantu orang Melayu?
Saya bukan bercakap tentang penyelesaian jangka pendek tetapi jangka panjang iaitu melalui pendidikan dan pemakanan.

Apa salah kepimpinan Melayu dalam hal ini?

UNGKU AZIZ: Mereka mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.
Para pemimpin selalu bercakap tentang hal-hal yang asing. Kita bercakap tentang meningkatkan teknologi dalam pertanian tetapi hakikatnya orang Melayu miskin dan tidak ke mana. Kita juga banyak bercakap tentang pembangunan usahawan tetapi bagaimana sebenarnya mahu menjadikan mereka sebagai usahawan.
Orang Melayu juga bersalah dalam hal ini. Kerajaan misalnya bercakap tentang penguasaan bahasa Inggeris tetapi orang Melayu secara individu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Kita selalu ada tanggapan bahawa orang lain akan melakukannya dan bukan kita sendiri. Kita menganggap anak kita nanti akan menguasainya.

Apakah yang harus dilakukan oleh pimpinan Melayu untuk menangani masalah ini?

UNGKU AZIZ: Para pemimpin harus duduk berbincang dan menggariskan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh orang Melayu, dan berusaha menyelesaikannya.
Kita perlu jelas apakah agenda Melayu yang hendak kita capai. Kita harus menggariskan cara-cara untuk menjadikan bangsa Melayu berjaya dan cemerlang.
Orang Melayu rata-ratanya Islam dan berpegang kepada al-Quran. Dalam tulisan pentingnya di majalah al-Ikhwan pada tahun 1927 Pendeta Za'ba mengupas sepotong ayat al-Quran tentang manusia hanya mendapat apa yang dia usahakan. Soalnya apakah manusia

Melayu yang Islam ini tidak tahu?

UNGKU AZIZ: Mereka tahu tetapi tidak terdaya kerana malas berfikir dan merasakan itu kerja orang lain. Orang Melayu suka duduk dan tengok orang lain buat. Inilah budaya yang harus diubah.
Masalah orang Melayu ialah mereka suka duduk bersembang, pergi wakaf main dam dan mencari keseronokan, baik yang halal atau haram hanya semata-mata untuk mengalihkan tumpuan daripada dunia sebenar.
Inilah simptom budaya kita yang lemah. Kita tidak ada akar budaya yang kuat yang boleh melonjakkan kita ke depan. Cuba lihat budaya orang Cina yang sudah ada pada diri mereka sejak beribu-ribu tahun lalu. Perkataan kiasu itu jelas menggambarkan watak orang Cina. Kenapa orang Melayu tidak kiasu?
Elok juga saudara bangkitkan tentang Pendeta Za'ba. Beliau menulis buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Buku itu kepada saya cukup relevan untuk dibaca semula pada hari ini oleh semua orang Melayu.
Tentang sikap buruk orang Melayu, Munsyi Abdullah juga dulu membangkitkan hal yang sama - kejengkelannya tentang perangai orang Melayu. Gambaran beliau dulu itu masih sama sekarang tetapi setidak-tidaknya Za'ba ada menunjukkan cara keluarnya dalam buku itu.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu agenda Melayu ini dan kaitannya dengan UMNO?

UNGKU AZIZ: Para pemimpin UMNO sedang menempatkan diri mereka dalam barisan kepimpinan. Saya hendak bertanya satu soalan yang paling asas: Adakah ini saja yang dikatakan berpolitik?
Kenapa tidak ada pemimpin UMNO yang memberitahu sekiranya terpilih mereka akan memperjuangkan isu-isu pendidikan untuk orang Melayu atau skim makanan khas untuk para pelajar Melayu, misalnya. Inilah yang harus ditanyakan oleh orang Melayu kepada para pemimpin yang hendak bertanding ini: Apa program mereka untuk orang Melayu?
Dalam pemilihan jawatan politik di negara lain, para pemimpinnya bersaing atas isu-isu. Tetapi dalam pemilihan UMNO tidak ada pemimpin yang menyatakan program-program mereka untuk orang Melayu.
Ini yang saya katakan masalah pemikiran orang Melayu tadi - ``orang lain akan buat'', orang yang dipanggil pakar. Mereka hanya perlu menang saja seolah-olahnya yang lain itu akan berlaku dengan kuasa ajaib.
Kita terlalu individualistik. Kita tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu.

Maksudnya?

UNGKU AZIZ: Kita hendak naik sendiri-sendiri. Kita kena tahu membezakan antara perjuangan untuk kepentingan individu atau perjuangan untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu.
Itu sebabnya kita kena tahu apakah yang mereka hendak tawarkan atas isu-isu orang Melayu. Itulah caranya berpolitik. Jangan kita ada kepercayaan yang naif bahawa pakar-pakar akan menyelesaikan masalah. Kalau mahu jadi pemimpin harus boleh berdiri di atas kaki sendiri.
Tetapi untuk berlaku adil kepada mereka ada yang menyebutnya juga.
UNGKU AZIZ: Ya, tetapi secara umum saja. Apa yang hendak saya tekankan ialah mereka tidak bertanding atas isu-isu yang menyentuh orang Melayu. Mungkin juga mereka tidak memahami isu-isu yang dihadapi oleh orang Melayu.
Atau mungkin juga kerana ada arahan jangan berkempen?
UNGKU AZIZ: Jadi mereka ini bertanding untuk apa? Bolehkah sebuah pemilihan berlaku tanpa ada kempen? Itulah idea demokrasi.

Sekiranya pemimpin UMNO dibenarkan berkempen dan mereka menyatakan agenda mereka, bolehkah politik wang ditangani?

UNGKU AZIZ: Sudah tentu. Mereka akan berjuang atas isu. Kekuatan seorang pemimpin yang hendak dipilih itu akan ternampak melalui pemikirannya tentang sesuatu isu.
Ini satu masalah juga. Kenapa kita menyebut politik wang dan bukan rasuah? Realitinya itulah rasuah. Orang Islam yang baik tidak akan melakukannya. Tetapi sekarang ini kita mengaburkannya dengan mengatakan bahawa itu politik wang.

Apa pandangan Pak Ungku terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya UMNO lebih proaktif memperjuangkan agenda sosioekonomi Melayu dan tidak bergantung kepada kerajaan?

UNGKU AZIZ: Itulah yang sepatutnya. Parti juga harus ada agendanya sendiri, membincangkannya dengan mendalam dan mencadangkan penyelesaiannya kepada kerajaan. Kerajaan hanya pelaksana tetapi agendanya ditentukan oleh parti. Kita harus memahami kelemahan kerajaan kerana ia birokrat. Birokrat tidak boleh berfikir di luar kebiasaan.
Selain itu, ahli korporat Melayu yang berjaya kerana dasar-dasar yang melahirkan kelompok besar kelas menengah Melayu harus juga membantu orang Melayu lain. Apabila sudah lepas ke atas mereka ini seolah-olah terpisah daripada kelompok di bawah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
Golongan kacang lupakan kulit inilah yang perlu didekati oleh kerajaan dan UMNO.

MENANG BENTUK KALAH ISI

hari ini saya telah dinmaklumkan mengenai terdapat suatu artikel yang sangat penting untuk kesedaran orang melayu..walaupun ianya telah lama ditulis namun ianya masih relevan buat situasi kini. wahai bangsaku bangkitlah dari mimpi yang lena..mari bersatu mebina negara bangsa yang kuat dan kukuh. hayati dan perhalusilah artikel ini.

Oleh DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD

APABILA sebut saja tentang agenda Melayu senyuman dan kata-kata sinis akan dilontarkan oleh mereka yang menganggap ini sebagai isu kuno, lapuk bahkan memalukan dalam era ketika perkataan dan konsep yang diterima ialah globalisasi, liberalisasi dan meritokrasi.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat bagi menjamin pengagihan yang adil dan peluang yang saksama kadangkala diperlekehkan sebagai sesuatu yang juga tidak fashionable bahkan tidak relevan.

Kita umpama terlupa bahawa falsafah DEB ialah `pertumbuhan dengan pengagihan’ apabila kesamarataan atau equity menjadi buruan yang akhirnya bermatlamatkan perpaduan negara dan kestabilan politik.

Matlamat-matlamat ini tentunya masih relevan. Kalau objektif dan matlamat-matlamat ini tetap relevan dan penting maka kita harus melihat sama ada DEB telah mencapai sasarannya.

Dari mata kasar, orang Melayu nampaknya sudah berjaya. Ramai yang menjadi usahawan, ahli perniagaan yang disegani, jutawan terkenal, ahli korporat berkaliber, ahli-ahli profesional hebat yang dapat bersaing di medan antarabangsa dan juga penyelidik yang diiktiraf oleh rakan setara mereka di luar negara. Apa yang lebih menakjubkan, bilangan para graduan begitu ramai dan semakin meningkat.

Sememangnya dalam masa yang singkat semenjak DEB diperkenalkan pada tahun 1971, orang Melayu telah berjaya berhijrah dari sektor tradisional pertanian, ke sektor-sektor yang dahulunya tidak diterokai atau dimonopoli oleh bangsa asing dan kaum lain.
Kehebatan orang Melayu dalam bidang politik tidak dapat ditandingi. Bahkan inilah satu-satunya bidang di mana orang Melayu hampir memegang kedudukan monopoli. Kebijaksanaan orang Melayu menggubal dasar dalam apa juga bidang diperakui oleh semua. Berasaskan fakta-fakta dan kenyataan-kenyataan ini, orang Melayu berjaya dan seharusnya berjaya.

Tetapi adakah ini benar? Bolehkah kejayaan diukur berasaskan prestasi sejumlah kecil mereka yang berjaya? Adakah Melayu sudah berjaya kerana sudah pandai berjinak-jinak dengan pasaran saham? Adakah quasi monopoli politik bererti kejayaan atau penjamin kepada kejayaan?

Pencapaian sebenar orang Melayu harus diukur secara menyeluruh dan berasaskan bandingan relatif, dan bukan absolute iaitu bukan setakat melihat kedudukan dulu dan sekarang tetapi membuat perbandingan pencapaian sosioekonomi orang Melayu yang kebetulan adalah 61 peratus penduduk Malaysia dengan kaum-kaum lain.
Matlamat DEB dan falsafah `Pertumbuhan dengan Ekuiti’ atau kesamarataan hanya akan dianggap tercapai sekiranya jurang perbezaan antara orang Melayu dan kaum-kaum lain dalam tiga soal penting iaitu pendapatan, pekerjaan dan pengwujudan kekayaan (wealth creation) tidak ketara atau tidak lebar.

Petunjuk-petunjuk sosioekonomi penting yang ada menyangkal tanggapan bahawa orang Melayu secara menyeluruh sudah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Di sektor-sektor berproduktif tinggi dan di mana nilai tambahan adalah tinggi, terutama sektor pembuatan, kehadiran orang Melayu terlalu kecil. Walhal sektor ini merupakan penjana utama pertumbuhan ekonomi negara, menyumbang 30% kepada KDNK negara tiap tahun.
Sektor perkhidmatan yang dikenal pasti, bahkan sudah pun terbukti sebagai sektor yang dinamik dari segi pertumbuhan dan sumbangan pada KDNK masih tidak menyaksikan penyertaan yang bermakna daripada orang Melayu.

Dalam industri runcit yang berjumlah RM60 bilion setahun dan berkembang pada 9.2 peratus setahun, penyertaan orang Melayu mengecewakan. Galakan yang diberi untuk memajukan industri kecil dan sederhana bertujuan membentuk masyarakat perniagaan dan perdagangan bumiputera (MPPB).

Untuk ini berbilion ringgit diperuntukkan, tetapi pencapaian masih jauh dari sasaran. Sebagai contoh dalam program francais, hanya 572 francaisi dapat dilahirkan dari sasaran 1,200 di bawah RMK7. Di samping itu, daripada jumlah peruntukan pembiayaan yang begitu besar, pengusaha Melayu yang melanggan masih dalam minoriti.
Sasaran untuk mencapai 30 peratus ekuiti bagaikan sesuatu yang mustahil. Daripada 20.6 peratus yang dicapai pada awal 1997, peratusan menurun akibat krisis kewangan yang melanda pada Julai tahun yang sama. Kini peratusan berada pada tahap yang lebih rendah iaitu 18.3 peratus.

Sementara kita berbangga dengan jumlah bilangan profesional Melayu yang meningkat seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam dan lain-lain, kita dikejutkan oleh perangkaan yang menunjukkan bahawa dari sudut relatif, orang Melayu jauh ketinggalan.

Apa yang merunsingkan lagi, 90 peratus, jika tidak lebih, dari ribuan para graduan yang menggangur terdiri daripada anak-anak Melayu. Ini antara lain menunjukkan bahawa anak-anak Melayu tidak mempunyai ciri-ciri yang menentukan employability. Disiplin yang diikuti mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan atau ada perkara-perkara yang tidak membantu di luar penglihatan.

Petunjuk yang lebih membimbangkan ialah nisbah pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin mengengkang. Sebelum DEB jurang berbezaan dalam pendapatan atau income disparity ratio antara Melayu dan Cina ialah 1:2.29. Pada tahun 1999 ia menurun pada 1:1.74 dan kini berada pada tahap 1:1.83.
Ini bermakna bahawa bagi setiap satu ringgit yang orang Melayu perolehi, rakan Cinanya memperoleh hampir dua kali ganda. Ini juga bererti matlamat kesamarataan antara kaum iaitu aspek penyusunan semula masyarakat jauh dari sasaran.
Kini kita menghadapi cabaran-cabaran baru berbagai-bagai bentuk dan nama; globalisasi, liberalisasi, saingan antarabangsa, dunia ICT, K-ekonomi yang akan meletakkan orang Melayu lebih jauh dari pembangunan, sekiranya keadaan yang ada berterusan dan orang Melayu sendiri masih dalam state of denial dan menidakkan realiti.

Banyak yang sudah diperkatakan tentang jurang digital yang akan lebih memburukkan lagi landskap sosioekonomi Melayu. Banyak lagi angka dan petunjuk yang dapat dipaparkan untuk membuktikan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan dalam pelbagai segi dan bidang.

Berlandaskan petunjuk-petunjuk di atas sahaja tanpa data perangkaan lain dan analisis yang lebih terperinci, orang Melayu tidak boleh menganggap mereka sudah berjaya dan begitu bersedia beraksi di pentas meritokrasi.

Kejayaan segolongan kecil tidak boleh diterjemahkan sebagai kejayaan orang Melayu, apatah lagi apabila majoriti di antara kita iaitu the critical mass masih ketinggalan jauh dan terpinggir dari arus pembangunan sebenar. Kejayaan minoriti juga sukar dipertahankan sekiranya kelompok yang kritikal tidak bersama kerana secara purata ia melemahkan pencapaian menyeluruh.
Orang Melayu terutama yang sudah berjaya sama ada sebagai usahawan atau profesional muda yang berpotensi harus menyedari dan mengakui bahawa mereka `bertempat’ hasil daripada strategi-strategi di bawah DEB.
Mengembalikan DEB dalam apa jua bentuk rupa dan nama bukan soal memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi sebagai mekanisme berkesan untuk mencapai pertumbuhan dengan pesamarataan (Growth with equity).

Strategi pembangunan yang berfokuskan pemindahan orang Melayu ke sektor berproduktif tinggi tanpa kebocoran dalam pelaksanaan, akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Potensi kuasa membeli 61 peratus penduduk harus digilap untuk kepentingan pertumbuhan secara menyeluruh.
Orang Melayu perlu mengulang kaji ekonominya, terutama cendekiawan intelek dan pemimpin. Berhadapan dengan proses globalisasi dan liberalisasi yang mengancam kesejahteraan yang ada, cabaran kepada negara ialah mempertahankan pertumbuhan dan daya saing.

Ada dua peringkat cabaran kepada orang Melayu – peranan dan tanggungjawab yang berganda. Tanggungjawab pertama ialah kepada diri sendiri sebagai komponen penduduk yang terbesar dan kedua sebagai rakyat Malaysia.

Orang Melayu, dan bukan hanya kerajaan, harus menghitung dan memutuskan sama ada mereka mahu melihat jurang perbezaan pendapatan, pekerjaan dan pengumpulan kekayaan yang terdapat antara Melayu dan kaum lain didekatkan atau sebaliknya. Orang Melayu sendiri harus memikul tanggungjawab menyamaratakan padang permainan ekonomi.

Untuk melakukan ini orang Melayu mesti mempunyai keazaman yang cekal digandingi usaha yang gigih dan berterusan. Berbekalkan ciri-ciri ini barulah dasar dan strategi sokongan daripada kerajaan boleh membawa kesan dan makna. Jika ini berjaya dilakukan orang Melayu akan memenuhi tanggungjawab keduanya sebagai warga Malaysia apabila kapasiti yang meningkat membantu negara menghadapi cabaran dari luar.

Jelas bahawa soal peningkatan orang Melayu, mengikut proses timbal balik, ialah soal kepentingan negara. Cabaran utama yang harus dihadapi segera oleh orang Melayu ialah kesedaran dan kejujuran menerima segala realiti.
Penyelesaian bermula dengan menerima kenyataan dan bukan menidakkannya. Penyelesaian juga bermula dengan mengenali kelemahan bukan mencari kesalahan.

Jika orang Melayu tidak sanggup menerima kenyataan tentang kelemahan serta tidak sanggup pula bertindak untuk memperbaiki kedudukan, mereka akan dicatat dalam sejarah sebagai kaum yang berjaya dalam bentuk (form) tetapi kalah dalam substance. Orang Melayu memperjuangkan dan memenangi kemerdekaan tetapi gagal meraih hasil kemerdekaan itu.

UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Ahli-ahli UMNO harus menjadi orang pertama menyedari dan memberi perhatian terhadap soal agenda Melayu.

Adalah diharapkan bahawa, menjelang Perhimpunan Agung UMNO September ini, para perwakilan dan pemimpin UMNO, dalam keghairahan pemilihan dapat memberi tumpuan kepada soal ini.
Ungkapan `agenda Melayu’ yang kadang- kala dianggap sebagai ungkapan `menghina’ (derogatory) dalam konteks political correctness hari ini harus mendapat pengertian sebenar.

Agenda Melayu bukan soal ketuanan Melayu atau memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi ia adalah soal kesamarataan (equity) sosioekonomi dalam pembangunan negara yang majmuk.

* DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD ialah Pengerusi Alcatel Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO

Thursday, January 13, 2011

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Dengan bervisikan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia selaras dengan Wawasan Negara. Dan bermisikan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan KPKT kini dipimpin oleh Datuk Chor Chee Heung iaitu ahli parlimen P009 Alor Star, negeri Kedah , Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung dengan majoriti sebanyak 184 undi. Datuk Chor memperolehi 20,741 undi berbanding Gooi Hsiao Leung memperolehi hanya 20,557undi.

KPKT bermatlamat untuk merealisasikan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang. Kementerian mempunyai lima (5) objektif untuk mencapai matlamat di atas iaitu:
1) Mewujudkan dan melaksanakan perancangan yang setara untuk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan-kawasan bandar dan luarbandar.
2) Menggalak, memaju dan membimbing Pihakberkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bandaran yang bermutu tinggi dan juga kemudahan-kemudahan sosial, rekreasi serta peluang-peluang ekonomi yang seimbang.
3) Memastikan kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial dan rekreasi.
4) Memastikan keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran dan ancaman dari bahan-bahan berbahaya, penyelamatan semasa kecemasan yang cekap dan berkesan serta peningkatan pengetahuan orang awam terhadap bahaya kebakaran dan pencegahannya.
5) Mewujudkan pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang berkualiti secara menyeluruh di seluruh negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.

KPKT juga memainkan beberapa fungsi seperti menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan, membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang. Selain itu, memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda. Bukan itu sahaja, KPKT juga berfungsi untuk menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. Seterusnya, menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan dan menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif. Akhir sekali, memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan ini adalah komited untuk merancang, menyelaras dan menyediakan petempatan manusia yang mampan dan lebih sempurna, lengkap dengan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan sosial dan rekreasi di samping mencipta peluang-peluang ekonomi kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan Menguatkuasakan dan melaksanakan Akta dan Perundangan Subsidiari di bawahnya dengan efisien seperti berikut :
i. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);
ii. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
iv. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133);
v. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
vi. Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538);
vii. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341);
viii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672);
ix. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 673 );
x. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400); dan
xi. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 ( Akta 81 ).

Selain itu, KPKT juga bertindak menggubal dan melaksanakan dasar, strategi dan tadbir urus program berkaitan peranan dan tanggungjawab KPKT ini sesuai dengan matlamat dasar-dasar pembangunan sosial. Seterusnya, merancang dan mengawal selia pembangunan perumahan yang berkualiti dan teratur bagi mewujudkan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Memberikan perkhidmatan yang adil, mudah, murah dan cepat kepada pihak yang menghadapi masalah berkaitan dengan tuntutan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Bukan itu sahaja, KPKT juga berperanan merancang dan memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan secara telus mengikut jadual dan nilai pulangan terbaik (best value for money) serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dan membantu serta meningkatkan tadbir urus PBT dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan selamat bagi memenuhi keperluan penduduk serta pembangunan perniagaan yang seimbang. KPKT secara tidak langsung bertindak dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang cekap dan berkesan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan kebakaran dan mewujudkan dan memastikan perancangan guna tanah untuk pembangunan fizikal yang mampan berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

KPKT juga bertindak memastikan pemuliharaan dan pembangunan landskap, taman awam dan kemudahan rekreasi yang berkualiti dan menyeluruh bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman, menguruskan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dibekalkan berada di tahap yang tinggi manakala kemudahan pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan dan pengoperasian dibina dengan teknologi mesra alam dan kos efektif, merancang, menyedia dan mengawal selia infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, Mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai peminjam dan akhir sekali mengawal selia aktiviti pemegang pajak gadai melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai pemajak.

Dibawah KPKT terdapat beberapa jabatan yang berperanan dalam menjayakan setiap peranan dan fungsi yang telah digariskan oleh mereka. Antara jabatan yang terdapat di bawah organisasi KPKT adalah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

2.1 AKTIVITI KELOLAAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2.1.1 KONSEP PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)
Kajian terus dilakukan bagi memastikan peningkatan mutu dalam perkhidmatan yang diberikan oleh KPKT. Antaranya ialah pengenalan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.
Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan.
Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan.

Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan, pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek.

Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.

2.1.2 KONSEP BANDAR SELAMAT

Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT. Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan sosial / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam. Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT.
Bagi Negeri Selangor, selain Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran pelaksanaan Program Bandar Selamat turut diperluaskan kepada empat Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Daerah iaitu Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Pelaporan bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat PBT Negeri Selangor Tahun 2009 telah dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 5/2009 pada 30 Oktober 2009. (Rujuk Jadual 1).
Jadual 1: Kemajuan Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh 12 PBT Negeri Selangor Sehingga Tahun 2009
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Bil. Langkah Peratus (%)
1. MB Shah Alam 23 100
2. MB Petaling Jaya 23 100
3. MP Klang 21 91.30
4. MP Ampang Jaya 21 91.30
5. MP Kajang 21 91.30
6. MP Selayang 21 91.30
7. MP Subang Jaya 21 95.65
8. MP Sepang 21 91.30
9. MD Kuala Langat 21 91.30
10. MD Kuala Selangor 19 82.60
11. MD Hulu Selangor 19 82.60
12. MD Sabak Bernam 19 82.60

Daripada 38 bandar di Semenanjung Malaysia, MBPJ dan MBSA merupakan PBT yang telah melaksanakan kesemua 23 langkah Program Bandar Selamat selain Majlis Perbandaran Kuantan. Bagi MPSJ, langkah yang masih belum dilaksanakan ialah ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping manakala bagi PBT bertaraf Majlis Perbandaran lain, 2 langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping serta penyediaan penggera keselamatan. Bagi Majlis Daerah pula, antara langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan bollard, penyediaan papan tanda peringatan jenayah serta penyediaan cermin keselamatan di lokasi berkemungkinan berlakunya jenayah.

Pelaksanaan Program Bandar Selamat di PBT perlu dipertingkatkan berdasarkan kepada sasaran NKRA iaitu mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir tahun 2010. bagi mencapai sasaran NKRA, Kabinet telah mengarahkan melalui NKRA LAB agar semua PBT melaksanakan langkah-langkah berikut iaitu mengaktifkan program bandar selamat, mewujudkan jawatankuasa bandar selamat selain semua PBT perlu memantau indeks jenayah setiap bulan melalui Mesyuarat Majlis Penuh dan 12 PBT perlu menyediakan ‘Crime-based Mapping sebelum Jun 2010. Enam (6) PBT di Negeri Selangor terlibat iaitu MBSA, MBPJ, MPK, MPS, MPAJ dan MPSJ. Mulai tahun 2010, format pelaporan pelaksanaan Program Bandar Selamat akan berdasarkan kepada kadar pengurangan jenayah, berbanding pelaksanaan jumlah langkah.

2.1.3 BRIDGING DIGITAL DIVIDE (BDD)

Selaras dengan keputusan Mesyuarat NITC kali ke-12, projek perintis BDD Kemiskinan Bandar telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Kemajuan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan bersama-sama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang bertindak sebagai agensi peneraju bersama. Dua projek telah dikenal pasti dan dilaksanakan, iaitu :
1. eWarga Kota di PPR Jalan Jelatek (DBKL)
2. eUpcom di PPR Jalan Klang Lama (MPPJ)

Projek yang dilaksanakan pada tahun 2003 ini telah memperoleh peruntukan Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS)yang disalurkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Projek Perintis BDD yang dilaksanakan oleh JKT, KPKT bermula pada tahun 2003 dengan kerjasama MIMOS telah mencadangkan dan mengenal pasti empat (4) lokasi projek iaitu Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Miri dan Majlis Daerah Rompin.

Di bawah RMK-9, pelaksanaan BDD – Kemiskinan Bandar ini telah diselaraskan semula bagi memastikan projek ini dilaksanakan secara menyeluruh agar objektif sebenar projek dapat dicapai dengan jayanya antaranya mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar dengan kumpulan-kumpulan berkemampuan di bandar, menjadikan kumpulan miskin bandar celik ICT agar dapat memanfaatkan segala peluang digital yang ada dan untuk memberikan peluang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT untuk penciptaan nilai. Selain itu, untuk meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui inisiatif-inisiatif ICT dan akhir sekali untuk meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana proses pembangunan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Projek ini dilaksanakan dengan skop berikut :-
• Penyediaan kemudahan infrastruktur (bangunan, elektrik, kemudahan asas)
• Penyediaan peralatan ICT seperti komputer, pencetak laser network, LCD projector
• Penyediaan talian Internet SOHO (Broadband / ADSL)
• Portal komuniti untuk kemudahan interaksi penduduk / komuniti setempat

Antara faedah yang diperolehi daripada projek ini adalah projek BDD ini akan dapat menerangkan dengan lebih jelas peranan KPKT sebagai agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kerajaan tempatan dan mempunyai pertalian yang erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar supaya dapat bersaing dengan kumpulan-kumpulan yang berkemampuan di bandar. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet, pusat komuniti di kawasan yang dipilih nanti akan menjadi pusat sumber komuniti yang membolehkan kumpulan sasaran mengakses maklumat secara ‘online’, mendapatkan perkhidmatan aplikasi ICT yang berkaitan dengan pendidikan, perniagaan, dan kemasyarakatan, bertukar-tukar maklumat, berkongsi sumber dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan sumber ekonomi dan tahap pendidikan kumpulan sasaran. Dengan bermulanya inisiatif daripada kerajaan pusat dan seterusnya diteruskan oleh kumpulan sasaran usaha-usaha seperti pembentukan organisasi masyarakat, seminar kesedaran, latihan celik ICT, latihan penggunaan aplikasi ICT secara hands-on dan latihan keusahawanan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.


2.1.4 LOCAL AGENDA 21

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.
Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan. Pembangunan mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

Antara ciri-ciri LA21 adalah seperti berikut melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan, menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama, merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) dan melibatkan masyarakat tempatan selain Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini dan Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu, merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu dan mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek serta merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan.

Objektif utama projek perintis ini adalah untuk mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21, menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama, merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21, melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan dan untuk mengguna pakai pendekatan ini di PBT-PBT lain di negara. Program seperti ini haruslah menghasilkan projek-projek fizikal supaya faedah-faedahnya dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT-PBT. Sebagai contoh, isu-isu yang berikut boleh dijadikan projek fizikal pencemaran, pembaziran sumber, kitar semula, kebersihan, kesaksamaan sosial dan integrasi sosial.

Terdapat tiga peringkat melapor bagi Projek Perintis LA21 di Malaysia. Peringkat utama ialah Jawatankuasa LA21 yang dipengurusikan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah. Jawatankuasa ini mendapat sokongan dari pihak perunding dan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat, swasta dan kerajaan. Keahlian Jawatankuasa LA21 adalah seperti berikut:
• Yang Dipertua (selaku pengerusi)
• Pegawai LA21 PBT (selaku setiausaha)
• CBO tempatan
• NGO tempatan
• Industri dan Perniagaan tempatan
• Bahagian-bahagian PBT yang berkenaan
• Jabatan Kerajaan lain yang berkenaan
• Wakil dari PBT lain jika berkenaan
• Perunding Penghubung Masyarakat
• Ketua Perunding dan Perunding Komunikasi (apabila diperlu)
Jawatankuasa LA21 melapor kepada Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang dipegerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal pula melapor kepada Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri


Jawatankuasa LA21, yang terdiri daripada wakil-wakil masyarakat, swasta dan kerajaan akan:
• Mengkaji isu-isu tempatan bersama masyarakat
• Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu tempatan
• Merumus Pelan Tindakan LA21 bersama masyarakat
• Meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan
• Menetapkan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan
• Mengumumkan hasil kerjasama yang diperolehi
• Melaksanakan Pelan Tindakan LA21
• Memantau petunjuk-petunjuk dan mengambil tindakan yang sewajar apabila perlu (trigger)
• Mempopularkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan Pelan Tindakan di kalangan masyarakat tempatan
Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyertai Projek Perintis Local Agenda 21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis Local Agenda 21:
• Majlis Perbandaran Miri
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya
• Majlis Daerah Kerian
• Majlis Perbandaran Kuantan
Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
• Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak
• Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks
• Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah
• Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang bersaiz sederhana

PENGENALAN KEPADA SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa serta ada juga yang dijadikan sebagai kuasa bersama.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Sistem pentadbiran ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali bagi memilih pemerintah.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah warganegara Malaysia, tidak kurang dari 30 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

Kelayakan menjadi ahli adalah warga negara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu. Berikut adalah senarai nama Menteri mengikut portfolio masing-masing:

Portfolio Menteri
Perdana Menteri Malaysia
Mohd Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Muhyiddin Mohd Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Dr. Koh Tsu Koon

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Mohamed Nazri bin Abd. Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)
Nor Mohamed Yakcop

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
Jamil Khir Baharom

Menteri Dalam Negeri
Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Kewangan
Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II
Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertahanan
Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Chor Chee Heung

Menteri Kerja Raya
Shaziman Abu Mansor

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Peter Chin Fah Kui

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Noh Omar

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mustapa Mohamed

Menteri Luar Negeri
Anifah Aman

Menteri Pelajaran
Muhyiddin Yassin

Menteri Pengajian Tinggi
Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pengangkutan
Kong Cho Ha

Menteri Sumber Manusia
S. Subramaniam

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Shahrizat Abdul Jalil

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Dr Maximus Ongkili

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Douglas Unggah Embas

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Mohd Shafie Apdal

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Bernard Dompok

Menteri Belia dan Sukan
Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kesihatan
Liow Tiong Lai

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Rais Yatim

Menteri Pelancongan
Ng Yen Yen

Menteri Wilayah Persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Sunday, April 18, 2010

KABINET MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2009/2010


Tanggal 3 Februari 2010 pada hari rabu jam 9.00 malam iaitu setelah seminggu proses penguguman keputusan pilihanraya, bertempat di Dewan Senat Bangunan HEP suatu proses pengundian telah diadakan. proses pengundian ini adalah untuk memilih seramai 4 orang selaku Majlis Eksekutif termasuk Presiden dan 5 orang selaku Majlis Tertinggi. pengundian yang berlangsung itu telah melibatkan kesemua MPM yang telah memenangi kerusi masing-masing termasuk 5 orang daripada UTM International Campus Kuala Lumpur. proses pengundian itu dipengerusikan oleh TNC HEP dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan Universiti dan HEP termasuk dari Kuala Lumpur.

Proses pengundian yang berlangsung tanpa sebarang masalah itu telah menetapkan dan memilih mereka yang akan menjadi peneraju utama kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi sesi kepimpinan itu. Saya juga telah terpilih selaku seorang daripada mereka yang dikatakan pemacu kepada hala tuju MPM. perlantikan dan amanah sebagai Naib Presiden Aktiviti adalah suatu bebanan dan taklifan yang besar, namun diatas bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan seperjuanagan InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.
Berikut adalah Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010


MAJLIS EKSEKUTIF

Presiden :
Muhammad Zaki Bin Omar

Timbalan Presiden :
Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri

Setiausaha Agung :
Noor Aimran Bin Samsudin

Bendahari Kehormat :
Izam Ikhwan Bin Kamaruddin



MAJLIS TERTINGGI

Naib Presiden Aktiviti :
Wan Ahmad Hazman Bin Wan Daud


Naib Presiden Kolej :
Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi

Naib Presiden Fakulti :
Nur Azim Fahada Bin Ahmad

Naib Presiden Pengurusan :
Yin Leang Huat

Setiausaha Kerja :
Nurulhayati Bte Md Yusoff



KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS SESI 2009/2010 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazman Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding