SELAMAT DATANG

Showing posts with label DAKWAH. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR! KENALI SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

PESANAN MALAIKAT JIBRAIL A.S. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Pesanan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w.



hiduplah kamu sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.




berbuatlah sesukamu
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.




cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki,
tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.


ketahuilah bahawa...


kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya


dan


kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia.





(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)

hari ini sya di terdengar tentang hadis ini lalu sy telah mencarinya..mungkin ini apa yang boleh sy kongsikan buat renungan kita bersama..renung-renungkan dan selamat beramal

MENANG BENTUK KALAH ISI

hari ini saya telah dinmaklumkan mengenai terdapat suatu artikel yang sangat penting untuk kesedaran orang melayu..walaupun ianya telah lama ditulis namun ianya masih relevan buat situasi kini. wahai bangsaku bangkitlah dari mimpi yang lena..mari bersatu mebina negara bangsa yang kuat dan kukuh. hayati dan perhalusilah artikel ini.

Oleh DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD

APABILA sebut saja tentang agenda Melayu senyuman dan kata-kata sinis akan dilontarkan oleh mereka yang menganggap ini sebagai isu kuno, lapuk bahkan memalukan dalam era ketika perkataan dan konsep yang diterima ialah globalisasi, liberalisasi dan meritokrasi.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat bagi menjamin pengagihan yang adil dan peluang yang saksama kadangkala diperlekehkan sebagai sesuatu yang juga tidak fashionable bahkan tidak relevan.

Kita umpama terlupa bahawa falsafah DEB ialah `pertumbuhan dengan pengagihan’ apabila kesamarataan atau equity menjadi buruan yang akhirnya bermatlamatkan perpaduan negara dan kestabilan politik.

Matlamat-matlamat ini tentunya masih relevan. Kalau objektif dan matlamat-matlamat ini tetap relevan dan penting maka kita harus melihat sama ada DEB telah mencapai sasarannya.

Dari mata kasar, orang Melayu nampaknya sudah berjaya. Ramai yang menjadi usahawan, ahli perniagaan yang disegani, jutawan terkenal, ahli korporat berkaliber, ahli-ahli profesional hebat yang dapat bersaing di medan antarabangsa dan juga penyelidik yang diiktiraf oleh rakan setara mereka di luar negara. Apa yang lebih menakjubkan, bilangan para graduan begitu ramai dan semakin meningkat.

Sememangnya dalam masa yang singkat semenjak DEB diperkenalkan pada tahun 1971, orang Melayu telah berjaya berhijrah dari sektor tradisional pertanian, ke sektor-sektor yang dahulunya tidak diterokai atau dimonopoli oleh bangsa asing dan kaum lain.
Kehebatan orang Melayu dalam bidang politik tidak dapat ditandingi. Bahkan inilah satu-satunya bidang di mana orang Melayu hampir memegang kedudukan monopoli. Kebijaksanaan orang Melayu menggubal dasar dalam apa juga bidang diperakui oleh semua. Berasaskan fakta-fakta dan kenyataan-kenyataan ini, orang Melayu berjaya dan seharusnya berjaya.

Tetapi adakah ini benar? Bolehkah kejayaan diukur berasaskan prestasi sejumlah kecil mereka yang berjaya? Adakah Melayu sudah berjaya kerana sudah pandai berjinak-jinak dengan pasaran saham? Adakah quasi monopoli politik bererti kejayaan atau penjamin kepada kejayaan?

Pencapaian sebenar orang Melayu harus diukur secara menyeluruh dan berasaskan bandingan relatif, dan bukan absolute iaitu bukan setakat melihat kedudukan dulu dan sekarang tetapi membuat perbandingan pencapaian sosioekonomi orang Melayu yang kebetulan adalah 61 peratus penduduk Malaysia dengan kaum-kaum lain.
Matlamat DEB dan falsafah `Pertumbuhan dengan Ekuiti’ atau kesamarataan hanya akan dianggap tercapai sekiranya jurang perbezaan antara orang Melayu dan kaum-kaum lain dalam tiga soal penting iaitu pendapatan, pekerjaan dan pengwujudan kekayaan (wealth creation) tidak ketara atau tidak lebar.

Petunjuk-petunjuk sosioekonomi penting yang ada menyangkal tanggapan bahawa orang Melayu secara menyeluruh sudah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Di sektor-sektor berproduktif tinggi dan di mana nilai tambahan adalah tinggi, terutama sektor pembuatan, kehadiran orang Melayu terlalu kecil. Walhal sektor ini merupakan penjana utama pertumbuhan ekonomi negara, menyumbang 30% kepada KDNK negara tiap tahun.
Sektor perkhidmatan yang dikenal pasti, bahkan sudah pun terbukti sebagai sektor yang dinamik dari segi pertumbuhan dan sumbangan pada KDNK masih tidak menyaksikan penyertaan yang bermakna daripada orang Melayu.

Dalam industri runcit yang berjumlah RM60 bilion setahun dan berkembang pada 9.2 peratus setahun, penyertaan orang Melayu mengecewakan. Galakan yang diberi untuk memajukan industri kecil dan sederhana bertujuan membentuk masyarakat perniagaan dan perdagangan bumiputera (MPPB).

Untuk ini berbilion ringgit diperuntukkan, tetapi pencapaian masih jauh dari sasaran. Sebagai contoh dalam program francais, hanya 572 francaisi dapat dilahirkan dari sasaran 1,200 di bawah RMK7. Di samping itu, daripada jumlah peruntukan pembiayaan yang begitu besar, pengusaha Melayu yang melanggan masih dalam minoriti.
Sasaran untuk mencapai 30 peratus ekuiti bagaikan sesuatu yang mustahil. Daripada 20.6 peratus yang dicapai pada awal 1997, peratusan menurun akibat krisis kewangan yang melanda pada Julai tahun yang sama. Kini peratusan berada pada tahap yang lebih rendah iaitu 18.3 peratus.

Sementara kita berbangga dengan jumlah bilangan profesional Melayu yang meningkat seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam dan lain-lain, kita dikejutkan oleh perangkaan yang menunjukkan bahawa dari sudut relatif, orang Melayu jauh ketinggalan.

Apa yang merunsingkan lagi, 90 peratus, jika tidak lebih, dari ribuan para graduan yang menggangur terdiri daripada anak-anak Melayu. Ini antara lain menunjukkan bahawa anak-anak Melayu tidak mempunyai ciri-ciri yang menentukan employability. Disiplin yang diikuti mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan atau ada perkara-perkara yang tidak membantu di luar penglihatan.

Petunjuk yang lebih membimbangkan ialah nisbah pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin mengengkang. Sebelum DEB jurang berbezaan dalam pendapatan atau income disparity ratio antara Melayu dan Cina ialah 1:2.29. Pada tahun 1999 ia menurun pada 1:1.74 dan kini berada pada tahap 1:1.83.
Ini bermakna bahawa bagi setiap satu ringgit yang orang Melayu perolehi, rakan Cinanya memperoleh hampir dua kali ganda. Ini juga bererti matlamat kesamarataan antara kaum iaitu aspek penyusunan semula masyarakat jauh dari sasaran.
Kini kita menghadapi cabaran-cabaran baru berbagai-bagai bentuk dan nama; globalisasi, liberalisasi, saingan antarabangsa, dunia ICT, K-ekonomi yang akan meletakkan orang Melayu lebih jauh dari pembangunan, sekiranya keadaan yang ada berterusan dan orang Melayu sendiri masih dalam state of denial dan menidakkan realiti.

Banyak yang sudah diperkatakan tentang jurang digital yang akan lebih memburukkan lagi landskap sosioekonomi Melayu. Banyak lagi angka dan petunjuk yang dapat dipaparkan untuk membuktikan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan dalam pelbagai segi dan bidang.

Berlandaskan petunjuk-petunjuk di atas sahaja tanpa data perangkaan lain dan analisis yang lebih terperinci, orang Melayu tidak boleh menganggap mereka sudah berjaya dan begitu bersedia beraksi di pentas meritokrasi.

Kejayaan segolongan kecil tidak boleh diterjemahkan sebagai kejayaan orang Melayu, apatah lagi apabila majoriti di antara kita iaitu the critical mass masih ketinggalan jauh dan terpinggir dari arus pembangunan sebenar. Kejayaan minoriti juga sukar dipertahankan sekiranya kelompok yang kritikal tidak bersama kerana secara purata ia melemahkan pencapaian menyeluruh.
Orang Melayu terutama yang sudah berjaya sama ada sebagai usahawan atau profesional muda yang berpotensi harus menyedari dan mengakui bahawa mereka `bertempat’ hasil daripada strategi-strategi di bawah DEB.
Mengembalikan DEB dalam apa jua bentuk rupa dan nama bukan soal memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi sebagai mekanisme berkesan untuk mencapai pertumbuhan dengan pesamarataan (Growth with equity).

Strategi pembangunan yang berfokuskan pemindahan orang Melayu ke sektor berproduktif tinggi tanpa kebocoran dalam pelaksanaan, akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Potensi kuasa membeli 61 peratus penduduk harus digilap untuk kepentingan pertumbuhan secara menyeluruh.
Orang Melayu perlu mengulang kaji ekonominya, terutama cendekiawan intelek dan pemimpin. Berhadapan dengan proses globalisasi dan liberalisasi yang mengancam kesejahteraan yang ada, cabaran kepada negara ialah mempertahankan pertumbuhan dan daya saing.

Ada dua peringkat cabaran kepada orang Melayu – peranan dan tanggungjawab yang berganda. Tanggungjawab pertama ialah kepada diri sendiri sebagai komponen penduduk yang terbesar dan kedua sebagai rakyat Malaysia.

Orang Melayu, dan bukan hanya kerajaan, harus menghitung dan memutuskan sama ada mereka mahu melihat jurang perbezaan pendapatan, pekerjaan dan pengumpulan kekayaan yang terdapat antara Melayu dan kaum lain didekatkan atau sebaliknya. Orang Melayu sendiri harus memikul tanggungjawab menyamaratakan padang permainan ekonomi.

Untuk melakukan ini orang Melayu mesti mempunyai keazaman yang cekal digandingi usaha yang gigih dan berterusan. Berbekalkan ciri-ciri ini barulah dasar dan strategi sokongan daripada kerajaan boleh membawa kesan dan makna. Jika ini berjaya dilakukan orang Melayu akan memenuhi tanggungjawab keduanya sebagai warga Malaysia apabila kapasiti yang meningkat membantu negara menghadapi cabaran dari luar.

Jelas bahawa soal peningkatan orang Melayu, mengikut proses timbal balik, ialah soal kepentingan negara. Cabaran utama yang harus dihadapi segera oleh orang Melayu ialah kesedaran dan kejujuran menerima segala realiti.
Penyelesaian bermula dengan menerima kenyataan dan bukan menidakkannya. Penyelesaian juga bermula dengan mengenali kelemahan bukan mencari kesalahan.

Jika orang Melayu tidak sanggup menerima kenyataan tentang kelemahan serta tidak sanggup pula bertindak untuk memperbaiki kedudukan, mereka akan dicatat dalam sejarah sebagai kaum yang berjaya dalam bentuk (form) tetapi kalah dalam substance. Orang Melayu memperjuangkan dan memenangi kemerdekaan tetapi gagal meraih hasil kemerdekaan itu.

UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Ahli-ahli UMNO harus menjadi orang pertama menyedari dan memberi perhatian terhadap soal agenda Melayu.

Adalah diharapkan bahawa, menjelang Perhimpunan Agung UMNO September ini, para perwakilan dan pemimpin UMNO, dalam keghairahan pemilihan dapat memberi tumpuan kepada soal ini.
Ungkapan `agenda Melayu’ yang kadang- kala dianggap sebagai ungkapan `menghina’ (derogatory) dalam konteks political correctness hari ini harus mendapat pengertian sebenar.

Agenda Melayu bukan soal ketuanan Melayu atau memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi ia adalah soal kesamarataan (equity) sosioekonomi dalam pembangunan negara yang majmuk.

* DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD ialah Pengerusi Alcatel Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO

Sunday, April 18, 2010

TRAGEDI 11 SEPTEMBER...







Pada tahun 2001, atau lebih tepat lagi pada 11 September 2001, dunia dikejutkan dengan peristiwa 11 September dimana berlakunya rampasan kapal terbang dan perlangaran ke atas World Trade Centre (WTC) dan Pentagon yang menyaksikan begitu banyak jiwa terkorban dan pada masa yang sama bangunan WTC yang begitu gah pada tatkala itu kini hanya tinggal sebagai sejarah. Menyusuri kepada sejarah 11 September, kita dikejutkan dengan berita rampasan 2 buah kapal terbang domestik dan kapal terbang tersebut telah melanggar 2 menara utama di WTC. 2 buah kapal terbang itu sudah mampu untuk memusnahkan 2 blok menara yang di bina menerusi keluli padat yang memerlukan suhu yang amat tinggi untuk memusnahkan nya disamping masa yang panjang. Namun peristiwa ini berlaku dengan pantas. Daripada kajian yang telah dijalankan bersabit tragedi ini, kebenaran telah berjaya dibuktikan dimana sebenarnya apa yang berlaku merupakan pemusnahan terancang dimana bahan letupan telah dipasang terlebih dahulu didalam bangunan tersebut. ini kerana sejurus berlaku rempuhan keatas menara pertama dan kedua kita hanya menyaksikan kebakaran kecil dan dimana ramai mangsa yang berada di aras tersebut selamat.


Namun persoalannya bagaiamana tiba-tiba ianya mampu menyebabkan bangunan keluli padat musnah dan runtuh?? Ianya sebenarnya merupakan rancangan jahat dan propaganda Amerika dalam usahanya menguasai dunia dan terutamanya memusnahkan Islam. Sejarah membuktikan Amerika telah kalah teruk pada perang Teluk, jadi mereka telah mmbangunkan sistem pertahanan dan ketenteraan yang canggih dalam usaha mengembalikan maruah mereka dimata dunia selain membalas dendam atas aib yang menimpa mereka. Pada kejadian itu juga dikatakan berlaku rempuhan kapal terbang keatas Pentagon. Persolannya kini,

1. Pentagon yang hanya beberapa tingkat tingginnya pastinya akan musnah sebagaimana WTC yang cukup tinggi musnah akibat perlanggaran kapal terbang ini, tetapi kenapa perkara ini tidak berlaku?? Mengapa??

2. Mengapa sistem radar di pentagon yang boleh mengawal dan melihat penerbangan dalam jarak lingkungan 200 km tiba-tiba tidak berfungsi??

3. Mengapa 300 kamera yang terdapat disekitar Pentagon gagal merakamkan gambar kapal terbang terbabit??

4. Dimanakah rangka kapal terbang tersebut setelah perlanggaran tersebut??

5. Adakah mampu untuk kapal terbang sebesar itu untuk terbang rendah begitu lama sebelum melanggar Pentagon??

6. Mengapa missle yang dipasang di sekitar bangunan Pentagon itu tidak memusnahkan kapal terbang itu sebelum melanggar Pentagon??




Mengikut fakta, sepatutunya missle yang dipasang disekitar Pentagon yang berfungsi memusnahkan objek yang mendekatinya sebaliknya daripada peristiwa itu ianya gagal berfungsi. Sistem keselamatan yang terdapat di Pentagon adalah yang terbaik didunia dengan sebanyak 300 kamera yang terdapat selain missle yang terdapat serta radar yang dapat mengesan penerbangan dalam luang lingkup 200 km sekeliling. Ini sebenarnya strategi Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George W.Bush untuk menguasai dunia dan memusnahkan Islam dan penganut Islam. Sejarah telah membuktikan kemenangan umat Islam keatas Amerika Syarikat menerusi perang Teluk. Jadi mereka mencari helah untuk membalas dendam.

Sebaik peristiwa itu, Bush telah mengisytiharkan bahawa mereka adalah polis dunia dan terpaksa melancarkan peperangan ke atas Osama bin Laden dan Al-qaeda kerana mereka adalah pengganas. Mereka juga telah terus melabelkan umat Islam semuasebagai pengganas dan pelbagai penindasan telah diberikan ke atas umat Islam. Mereka telah melancarkan operasi ketenteraan keatas Iraq dan Afghanistan atas dasar membasmi pengganas dan mengaitkan Iraq dengan operasi nuklear. Ini sebenarnya adalah propaganda jahat dari Barat untuk menebus maruah masyarakat Amerika yang dipandang rendah sejurus kekalahan pada Perang Teluk yang lalu. Namun umat Islam tidak peka dan sensitif dengan apa yang berlaku sehingga menjadikan seperti tiaa apa-apa yang berlaku. Hal ini cukup memberikan kemegahan dan keselesaan kepada Amerika Syarikat untu terus bermaharajalela tanpa tekanan.

Persoalan seterusnya ialah:-
1. Dimana kesatuan umat Islam tatkala berhadapan dengan isu ini??

2. Adakah kita lupa bahawa kita pernah menguasai 2 per 3 dunia. Bukan itu sahaja, sejarah telah membuktikan kesatuan negara Islam telah memusnahkan Amerika pada Perang Teluk.

3. Kini dimana kesatuan kita??

4. Adakah kita meredhakan semua yang berlaku ini??

5. Adakah benar Islam mengejar umatnya menjadi pengganas??

Pimpinan negara umat Islam semuanya terus tunduk dan tidak sanggup bersatu kerana memikirkan kepentingan peribadi sekaligus sanggup melihat agamanya di perkecilkan dan terus dilabel sebagai pengganas. Maruah umat Islam hari ini terus diinjak-injak oleh musuh Islam terutamanya Barat tanpa kita bertindak ke atasnya kerana kita hari ini lebih sibuk membicarakan dan berjuang bagi kepentingan parti politik dan agenda peribadi dari memperjuangkan soal Agama. Biarpun memilik parti berasaskan Islam di Malaysia yang diharap dapat memainkan peranan dalam memartabat Ummah sebaliknya mereka terus dengan agenda politik mereka dan gagal memainkan peranan berkait isu ini. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia pula yang mengambil alih tugas itu. Namun apa yang menyedihkan adalah mereka juga tidak bersatu. Oleh itu, umat Islam harus bersatu untuk menghadapi isu ini sekaligus bersatu untuk menguasai dunia sebagaimana satu masa dahulu dengan jalan yang digariskan oleh Allah sekaligus menjadi tamadun yang dihormati dan disegani. Ini dapat dicapai sekiranya semua pertubuhan agama dan parti politik mengetepikan perbezaan yang wujud dan segala agenda peribadi sebaliknya bekerja dan bersatu atas suatu persamaan agenda iaitu memperjuangkan Islam. Bangunlah wahai mujahidin sekalian. Mari bersama kita tegakkan syiar Islam. InsyaAllah.

Wednesday, April 14, 2010

TALKIN....................







Bismillahhirrahmannirrahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran
.” Surah Al-A’sr .

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra

sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”


PS; SEMOGA SOALAN YANG TELAH BERJAWAPAN INI DAPAT MEMBERI KESEDARAN KEPADA MANUSIA YANG MASIH BERNYAWA AGAR MEREKA SEDAR BAHAWA KEHIDUPAN DIDUNIA INI BUKANLAH SESUATU YANG KEKAL KERANA KEHIDUPAN DISANA LAH YANG SEBENARNYA KEKAL..
OLEH ITU, INSAFILAH DIRI KERANA IANYA BERGUNA SELAGI ROH MASIH DIKANDUNG BADAN....

Wednesday, October 7, 2009

FITRAH BERAGAMA (HIDAYAH MILIK ALLAH)





Assalamualaikum..
buat semua teman2..dengan kesibukan ini dapt jugak mencuri sedikit masa untuk mencari kedamaian dan ketenangan..

setelah seronok berhari raya, kehidupan sebagai mahasiswa harus diteruskan. dalam perjalanan pulang ke kampus (dari kL ke Skudai), saya telah merancang dan dapat melihat gambaran jelas akan kesibukkan yang bakal dilalui dalam tempoh 3 minggu tmph kuliah sebelum memasuki alam study week..buka saja cuti raya, 4 assignment menanti untuk diserahkan disamping perlu dibentangkan tidak ketinggalan begitu banak ujian ke 2 yang perlu diduduki..bila balik raya banyak buku dan assignment yang di bawa bersama. teringat pulak zaman balik daripada mrsm masa tu dah dekat dengan spm..benarlah kata pepatah:
"if you fail to plan, you are plan to fail".
namun yang penting pada hemat saya ialah kita perlu berusaha bersungguh dan berserah yakni bertawakal kepada Allah. kerana sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertawakal kepadanya sebagaimana firmanNya dalm surah Ali Imran
"faizza azamta fatawakkal ala'wah"
yang bermaksud dan apabila kamu berazam maka bertawakal lah kepada Allah sesungguhnya Allah menyukai mereka yang bertawakal kepadaNya..



kita lupakan soal itu buat seketika, dalam kesibukkan hidup sebagai mahasiswa saya tertarik dengan satu kain rentang yang dipasang disekitar UTM bertajuk DISKUSI IMAN. Alhamdulillah sebab sem lepas dah pegi sem nie saya bertekad hendak pergi jugak walaupun dengan kesibukan yang ada. Program ini adalah anjuran JAWATANKUASA SAUDARA KITA (JKSK) UTM. mereka biasanya akan menjemput para MUKHALAF (yakni saudara kita yang dah lama memeluk ISLAM dan memahaminya). kebetulan pada program JUMAAT (2 oktober), saya ada perbincangan tentang gerak kerja suatu program yang bakal berlangsung pada esok hari. dikesibukkan itu, saya tetap pergi walaupun sedikit terlewat. speaker yang dijemput ialah Saudara Lim. beliau merupakan seorang bekas paderi yang diberi oleh Allah kekuatan dan hidayah untuk bersama-sama dijalan yang benar dan diredhaiNya yakni ISLAM.

saudara Lim ini sangat petah berkata-kata, menghafal begitu banyak hadis, dalil2 Al-Quran dan begitu banyak yang dikehauinya mengenai perbandingan agama. semasa mendengar perkongsian beliau saya sempat bermuhassabah diri. mengapa beliau yang baru memeluk Islam tidak sampai 20 tahun mampu menghafal begitu banyak Ayat keterangan Allah, hadis dan lebih mengetahui ISlam dari saya yang kini telah 20 tahun mewarisi Islam. saya merasakan kerana kita umat Islam hari ini merupakan pewaris ISlam jadi kita merasakan berada dalam suatu kondisi yang selesa dan tidak berusaha mendalami Islam secara mutlak. benar jugak kata-kata saudara Lim:

"siapa kita diawalnya tidak penting, kerana siapa kita diakhirnya adalah segalanya dan matlamat sebenar"

beliau mengulas dengan baik kata-kata itu dengan mengaitKan kepada 4 golongan manusia. golongan pertama Islam dan Mati dalam Islam. beliau mewarisi Islam dari kedua orang tuanya dan Alhamdulillah mati dalam keadaan beriman. golongan kedua, Islam di awalnya mati dalam kekufuran. pada awal kelahirannya beragama ISlam dan sebaliknya meninggal dalam kekufuran yakni kafir (keluar dari ISlam). golongan ketiga lahir sebagai bukan ISLAm dan Mati sebagai Musli. beliau berkata, dalam hidupnya dia dilahirkan sebagai bukan Islam tetapi sempat mendalami serta memahami Islam serta mendapat hidayah untuk berada dalam Islam serta mati dalam keadaan beriman. serta golongan terakhir lahir sebagai bukan Islam dan mati juga sebagai bukan ISlam. mereka selama hayatnya sempat memahami Islam tetapi enggan beriman kepada agama yang sebenarnya yakni Islam. jadi benar siapa kita diawalnya tidak penting kerana siapa kita di akhirnya adalah penting. adakah mampu mati dalam syahadah keimanan dan menjadi penhuni SYURGA ataupun sebaliknya mati dalam kekufuran dan mendapatg NERAKA sebagai habuan. wallahualam.

dipenghujung perkongsian saudara Lim, apabila ada soalan ditujukan beliau mampu menjawab dengan baik setiap persoalan yang ditujukan. tetapi saya tertarik dengan soalan yang diutarakan oleh seorang pelajar master kepada saudara Lim. apakah method dakwah sebenarnya kepada BUkan Muslim. saudar Lim telah mengupas kepada 3 perkara. pertama, kita perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh meraka yang kita dekati. kedua terangkan kepada golongan bukan ISlam ini berkaitan akidah terlebih dahulu sebelum berkaitan feqah dan terakhir sekali, ikut tahap keimanan orang yang kita nak dakwah.



kesimpulannya, kita perlulah berdakwah kerana ia adalah tugas kita bersama dalam menegakkan daulah Islamiah. kepada kita golongan pewaris ISlam dari nenek moyang dan ibu bapa jangan mengambil mudah soal agama sebaliknya kita perlu mendalami dan menghayati ajaran Islam sebenar sebelum kita mampu berdakwah selepas itu. InsyaAllah