SELAMAT DATANG

Monday, February 14, 2011

PESTA KONVOKESYEN KE 45 UTM CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

KEPELBAGAIAN DAN KELAINAN AKTIVITI CETUS KEMERIAHAN PADA PESTA KONVOKESYEN KE-45 UTM

Pada tanggal 22-29 September 2010 telah berlangsungnya Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-45 di Padang Kawad UTM, Johor Bahru. Penganjuran pesta Konvokesyen pada kali ini telah diberikan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM. Pesta konvokesyen boleh dijadikan sebagai suatu platform bagi mahasiswa untuk membentuk keyakinan dan keterampilan diri melalui perancangan pelbagai program bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, kreatif serta inovatif.


Bersama dengan pelawak tanah air saudara Sabri Yunus

Kemeriahan pesta konvokesyen kali ini dapat dirasai dengan kehadiran para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Para Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Malam Puisi Riong Berita Harian, program Kami Prihatin, Teater Keluarga Sakinah, Suara Siswa RTM, gerak usahawan IPTA, gerak siswazah tani dan UTM Top Host dan lain-lain lagi. Terdapat 130 buah gerai dibuka untuk kunjungan orang ramai. Ianya terbahagi kepada gerai basah dan kering, gerai penaja, gerai hadiah dan cenderahati. Kelainan yang dapat dilihat pada penganjuran pesta Konvokesyen kali ini adalah dengan begitu banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan menjurus kepada pembudayaan ilmu, pemikiran kreatif dan inovatif selain pendedahan kepada ilmu keusahawanan. Buat julung-julung kalinya, pihak pengunjur telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan mengadakan pameran dan pendedahan mengenai program Siswazah Tani bagi menarik golongan usahawan dan graduan untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan mereka. Begitu banyak agensi dibawah Kementerian turut serta seperti TEKUN, FAMA, MARDI dan KADA selain banyak tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dilahirkan dibawah skim ini dibawa untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan graduan untuk belajar dengan lebih dekat.



Bersama kartunis terhebat tanah air Datuk Lat

Penaja yang terlibat dalam pesta kali ini terdiri daripada penaja utama; Warisan Wanita, penaja emas; CIMB Bank dan Green Friendly Product (M) Sdn. Bhd., penaja gangsa; Telekom Malaysia (TM), SPACE UTM dan penaja am; BESTA serta penaja kenderaan rasmi iaitu Nissan dan Perodua. Selain itu, para penaja yang terlibat juga turut serta membuka gerai di sepanjang pesta pada kali ini dengan matlamat utama untuk memberi maklumat kepada para pengunjung yang hadir selain memasarkan produk keluaran mereka.


bersama Dr Fazley Yakoob dan Zaki Omar, Presdien MPM

Pesta Konvokesyen kali ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah yang dimasyhurkan sebagai Canselor UTM keempat. Pada malam perasmian pihak penganjur telah menyerahkan sumbangan ke Tabung Merdeka Endowment UTM sebanyak RM 10,000.00 yang telah diterima sendiri oleh Baginda selain kejutan dengan penyerahan cenderahati istimewa oleh Naib Canselor, Prof. Dato’Ir. Dr. Zaini Ujang mewakili warga UTM sempena ulang tahun perkahwinan ke-28 Yang Maha Mulia Tuanku Canselor dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Selari dengan tema budaya Melayu Johor, majlis perasmian Pesta Konvo turut menyajikan para tetamu kehormat dengan persembahan kebudayaan tarian Zapin oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Melati, Skudai. Antara tarian yang dipersembahkan adalah “Menjunjung Duli”, “Tarian Johor Sport’s Club” dan “Tarian Bunga Hutan”. Yang Maha Mulia Tuanku Canselor turut berkenan melawat beberapa gerai pameran di tapak pesta konvo dengan diiringi oleh para tetamu kehormat. Kesempatan ini turut diambil oleh Baginda untuk beramah mesra dengan para peserta pameran serta mahasiswa tempatan dan antarabangsa yang sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis yang penuh gilang-gemilang itu.


Lawatan ke tapak

Setelah berhempas pulas sekitar 4 bulan selain mengorbankan hari raya dan cuti mereka bagi menjayakan program ini, para AJK pelaksana pesta Konvokesyen pada kali ini mampu tersenyum puas kerana majoriti menganggap Pesta Konvokesyen kali ke 45 ini adalah yang terbaik sepanjang penganjurannya. Nyata harapan Baginda untuk melihat program ini berjalan dengan penuh keceriaan dan keharmonian dapat direalisasikan dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana Pesta Konvokesyen ke-45 UTM atas segala usaha dan pengorbanan kalian untuk menjayakan program ini. Semoga banyak pengalaman dan ilmu berharga yang kalian perolehi dan mampu dimanfaatkan pada masa akan datang.


Sultanah Menghulurkan sumbangan kepada tabung derma untuk rakyat Kemboja


Berbual dengan Dato NC dan Sultanah


Sedang menerangkan sesuatu kepada Sultanah

No comments:

Post a Comment